GT PUTERI TANDUS IDEA
yusoff puteh <sk_etch@yahoo.com>

Salam reformasi untuk saudara,   Saya sering mengikuti laman-laman web baik pro-reformasi maupun pro-kerajaan. Saya adalah seorang professional yang tidak berparti, tetapi mempunyai prinsip untuk menegakkan keadilan dan menolak segala kezaliman.Seandainya prinsip itu senada dengan pihak pembangkang, maka pembangkang lah saya. Kalau pro-kerajaan juga mempunyai prinsip begitu, pro-kerajaan lah saya.Cuma, fikiran yang rasional sahaja yang boleh menerima prinsip-prinsip itu.

 

Umno-reform.com merupakan satu-satunya laman web yang bermutu dan intelektual dari segi memperkatakan mengenai sesuatu isu.Syabas diucapkan kepada Saudara Ghazali Md Dom, yang mempunya ulasan yang kritis,rasional dan professional. Sifat sebegini perlu ada pada semua editor laman-laman pro-kerajaan. Sifat yang lebih emosional dan berpartisan hanya boleh membuka pekung didada sendiri, kebodohan diri sendiri akan terserlah. Kredibiliti mengupas sesuatu isu akan dipertikai. Pandangan dan ulasan editor sedemikian hanya layak di baca oleh budak sekolah rendah atau orang dewasa yang lemah inteleknya.

 

Tugas seseorang editor adalah menyampaikan, mengupaskan dan menganalisa sesuatu isu dengan penuh ilmiah dan berkualiti. Kerana apa? Kerana audien yang membaca semua artikel yang dipaparkan adalah berpelajaran dan berhemah. Audien mengharapkan sesuatu yang boleh diambil ikhtibar ataupun persoalan yang boleh di bawa ke perbincangan yang bijak.

 

Saya mengharapkan editor laman ini dapat teruskan dgn paparan yang berkualiti tanpa menghiraukan kecaman dari berbagai pihak. Selagi anda dikecam, selagi itu anda berjaya.

 

Usah hiraukan kritikan dari editor laman GT Puteri Umno yang IQnya ternyata terlalu rendah dan lemah. Artikel mengenai 'Bersalahkah Anwar Ibrahim' yang cuba diutara kan oleh beliau terlalu dangkal. Beliau tidak layak langsung untuk mengupas isu itu.

 

Melayari laman GT Puteri membuatkan saya malu sendiri untuk membacanya. Segala penyampaian secara semborono tanpa berlandaskan bukti dan ulasan yang kritis. Seolah-olah baru pandai menulis isu politik, atau sememangnya tidak tahu langsung. Semua artikel yang dipaparkan ternyata dangkal dan goyah, lebih kepada tuduhan dan fitnah. Biar apa sahaja isu mengenai pembangkang, tidak satu pun yang boleh diterima akal. Semuanya tidak berlandaskan fakta.

 

Elok sahaja laman GT Puteri Umno ditutup kalau seandainya editor yang tidak berpelajaran itu terus mengendalinya.

 

Oleh itu, saya cadangkan kepada Saudara Ghazali Md Dom, tidak perlulah menanti 'pengakuan Azwan Ali'(?) yang kononnya akan menbuktikan sesuatu.

 

 

Sekian. Terima Kasih.