UMNO CHENDEROH - mesejnya jelas, Datuk Najib jangan langgar Datuk Abdullah Ahmad Badawi
Rais Yassin
8-04-2003


Itulah sebenarnya mesej UMNO Bahagian Chenderoh kepada Datuk Najib. Sungguhpun Datuk Nazri Aziz dalam kenyataannya mengatakan bahawa resolusi itu adalah satu penyataan hasrat Bahagian untuk menyokong perlantikan Datuk Najib namun ertinya dalam bahasa politik harus di teliti. 

Mungkinkah bahagian-bahagian lain akan mengeluarkan resolusi sedemikian? Namun tindakan cepat diambil oleh Pak Lah dengan meminta supaya dihentikan menamakan individu untuk jawatan-jawatan tertentu.

Apa pun dalam UMNO sedar bahawa pergerakan Datuk Najib setakat ini sudah mula menunjukkan kehebatan. Datuk Najib sudah mula untuk memulakan langkahnya dalam UMNO. Tidak salah untuk beliau bercita-cita untuk menjadi Presiden UMNO. Ini adalah negara demokrasi. 

Apapun Datuk Najib juga diperingatkan untuk melaksanakan kempennya untuk menjadi Presiden dengan cara budiman dan tidak melanggar sebarang etika khususnya landasan-landasan demokrasi.

Apa pun bagi saya tindakan Datuk Nazri Aziz mempunyai matlamat lain dalam mengeluarkan resolusi menyokong Datuk Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya percaya bahawa ini bukan satu tindakan biasa malah mempunyai agenda-agenda yang telah diatur.

Rais Yassin