Kenaikan kadar sewa Telekom- jawapan Chia Kwang Chye di Dewan Negara mengecewakan
Ghazali Mat Dom
01-05-2003

Chia Kwang Chye, Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multi media mengatakan bahawa kenaikan kadar sewa adalah untuk membolehkan syarikat itu melapurkan keuntungan yang banyak. Ini penting untuk menarik minat pelabur supaya melabur dalam syarikat telekomunikasi tersebut.

Jawapan ini di berikan pada sidang Dewan negara bagi menjawab soalan Senator Datuk Yaakob Mohamed. Jawapan ini sebenarnya begitu mengecewakan kita. Telekom sebelum ini sudah pun mengumumkan keuntungan mereka tetapi beberapa hari selepas itu mengumumkan kenaikan kadar sewa. ( laporan keuntungan dan kenaikan boleh didapati dalam Utusan Malaysia Edisi Cetak) Perlaksanakan dan justifikasi untuk menaikkan kadar sewa hanya untuk menunjukkan keuntungan yang melampau untuk menarik hati pelabur tanpa memikir tentang rakyat membimbangkan kita.

Jawapan sedemikian sebenarnya boleh di rumuskan seperti berikut:

Pelabur tidak perlu risau akan peluang melabur di Telekom Malaysia kerana syarikat ini mampu memberi dividen yang baik kerana rakyat boleh di jadikan jaminan. Tidak susah, kita menaikkan kadar sewa bagi menampung sebarang kekurangan dalam keuntungan syarikat.

Bagi saya ini bukan sahaja tidak beretika malah sebarang kerugian jika ianya bersabit dengan kelemahan mengendalikan syarikat akan hanya membebankan rakyat kerana ini dapat di ganti dengan menaikkan lagi kadar sewa untuk memperbaiki keadaan kewangan TELEKOM.

Saya rasa ini cukup mencurigakan. Saya rasa ini juga bertentangan dengan tujuan penswastaan Telekom.

Saya percaya Telekom harus di gesa untuk mencari alternatif lain untuk meningkatkan keuntungan dan justifikasi yang di beri dalam Dewan Negara tidak harus di gunakan. Jangan hanya memandang dan terus menerus mengutip wang rakyat untuk tujuan mencantikkan laporan kewangan Telekom.