Laman
Web Pro-UMNO mula sedar,kritikan keatas kepimpinan UMNO perlu
Rais Yassin
02-05-2003
Suatu ketika dahulu kalau umno-reform mengkritik kepimpinan UMNO nescaya ramai laman-laman web UMNO menghentam kami. Namun nampaknya mereka sedar bahawa kritikan terhadap UMNO khususnya kepimpinan yang menyimpang dari agenda rakyat perlu kerana kita tidak mahu UMNO berkubur kerana kepimpinan yang hanya tahu untuk memenuhi saku masing-masing.
Hari ini kita lihat bahawa laman-laman UMNO ini mula mengkritik kepimpinan UMNO yang gagal membawa perubahan. Saksikah petikan di bawah:
Oleh : TepakBersulam
Entah mengapa kebelakangan ini pimpinan Syed Razak sering di persoalkan bukan oleh penyokong-penyokong PAS sahaja malahan oleh penyokong – penyokong UMNO terutama sekali anak-anak Kedah yang di perantauan mahupun yang masih menetap di Kedah.
Walaupun halaman-halaman web pembangkang kurang memainkan isu-isu Syed Razak ini , kemunkinan kerana menyimpannya bagi di jadikan senjata pada pilihanraya yang akan datang. Namun sebuah laman web penyokong UMNO: KMU.Net.my dan juga E-Group KMU kini sering memperdebatkan akan kemampuan pimpinan Syed Razak ini.
KMU (Kelab Maya Umno) yang begitu lantang mengkritik tindak tanduk pimpinan Syed Razak membayangkan betapa kecewa penulis-penulis KMU yang terdiri dari anak-anak Kedah yang telah sekian lama bertungkus lumus untuk mempertahankan kepimpinan Syed Razak selama ini tetapi tiada sebarang perubahan yang ketara dilakukan oleh kepimpinan Syed Razak.
Penulis tidak berapa mahu menulis tentang kemelut politik Kedah ini sebelum ini kerana kurang mendapat info yang sebenar tentang kemelut politik Kedah ini. Namun dari artikel – artikel yang penulis baca dan dari sumber-sumber yang penulis dengar , perasaan kecewa juga tersirat di hati penulis dan betapakah parah lagi kecewaan yang dialami oleh anak-anak Kedah itu sendiri.
Walaupun laman web KMU kurang popular di negeri Kedah kerana kerap menegur pimpinan Kedah namun penulis merasakan ianya seharus dan juga wajar untuk halaman web ini terus mengkritik pimpinan Kedah bagi mengejutkan mereka-mereka yang masih tidur dan merasakan selesa di kerusi empuk masing-masing agar Kedah tidak akan terlepas ke tangan pembangkang.”Biar berputih tulang , jangan berputih mata”
Adakala , sebagai penulis di halaman-halaman web ini kita tidak perlu menjadi popular di kalangan orang-orang UMNO dan takut untuk mencurahkan apakah perasaan dan pendapat kita yang sebenar, kerana kebenaran harus di tegakkan . Kita tidak mahu “menang sorak tetapi kampung tergadai.” . Sebagai sebuah halaman web UMNO kita juga akan tetap akan menegur mana-mana kepincangan yang kita dapat kesan dalam UMNO kerana kita tidak mahu menjadi “Penyokong yang membawa rebah”.
Sebagai ahli-ahli UMNO genarasi baru yang berjuang di alam Maya , perubahan cara perjuangan harus di terapkan bagi memastikan UMNO tidak akan berkubur kerana kesilapan-kesilapan pemimpin-pemimpin yang bongkak dan sombong. Sebenarnya inilah kecantikan dalam UMNO yang berani bersuara lantang untuk memperbaiki kelemahan yang dikesan di dalam UMNO. Keberkesanan nya adalah soalan yang kedua. Yang penting hutang kami kepada Parti telah kami laksanakan.
Kita tidak mahu menjadi sebagai lidah-lidah pembangkang yang mana segala barah dan nanah di suruk dan akhirnya ianya berbau busuk oleh hidung kita sendiri dan ketika itu ianya telah terlambat dan tidak boleh diselamatkan.
Walaupuan ada pendapat yang mengatakan bahawa pendapat kita ini tidak akan sampai kepada Datuk Syed Razak, mungkin kerana ramai pemimpin UMNO yang tidak menitik beratkan peranan Internet, dan ada di kalangan pemimpin yang tidak tahu membuka laman-laman web, namun penulis merasakan impak nya tetap ada. Mungkin ada di antara pembaca akan mencetak dan insyaalah ianya akan sampai juga kepada Syed Razak.
Penulis berharap kerajaan Negeri Kedah akan dapat memberikan pertimbangan akan pendapat rakyat yang ikhlas dan mahukan Kedah terselamat dari pemerentahan rejim-rejim penipu yang akan merosakkan rakyat Kedah dan Kedah akan menjadi sebuah Negeri yang mundur seperti Kelantan. Penulis tahu , harapan dan tujuan teman-teman yang mencurahkan perasaan mereka ini sebenarnya adalah jujur dan ikhlas.Walaupun kita tahu bahawa Kedah agak sukar ditawan oleh pembangkang namun kita hendaklah bersedia sebelum menghadapi medan pertempuran. “Sediakan payung sebelum hujan”.
Inilah petikan dari rangkaian tulisan dan teguran untuk pimpinan negeri Kedah yang penulis petik dari KMU.net.my.
Kedah Oh Kedah
Oleh : Kedahan
Kedah Oh Kedah!
Amat mengecewakan dan memalukan bila mendengar jawapan dan kupasan dari MB Kedah. Itulah 2 perkara utama yang dapat dirumuskan setelah menonton rancangan Analisa TV3 jam 1130 malam Jumaat lalu. Siapa yang malu?? UMNO Kedah dan keluarga mereka? Siapa keluarga UMNO? Parti-parti komponen BN lah. Sudah pastinya selepas rancangan tersebut, maka setiap penonton penyokong BN akan menganga dengan nganga yang luas. Satu persoalan di benak fikiran mereka....beginikah kepimpinan UMNO/Kedah? Dan sebaliknya akan bersorak-sorailah PAS dengan kemunculan parti mereka yang mendapat kredit. Belum pernah dalam lipatan sejarah media massa negara, PAS diberi peluang seluasnya untuk menghuraikan hasrat parti mereka di dalam Pilihanraya. Peluang ini digunakan sebijaknya oleh mereka, manakala BN pula seperti "tidak pandai" jadinya...
Antara kesimpulan yang boleh diambil: MB Kedah memuji PAS dengan berkata kepimpinan BN Kedah diterimapakai oleh PAS Kedah. Tidak pernah ada dalam DUN negeri , pembangkang keluar dewan. Sementara PAS pula menolak dakwaan MB tersebut dengan berkata PAS tidak pernah menyokong kepimpinan pemimpin BN Kedah khususnya UMNO.!!! Satu tamparan hebat!
Kematangan percakapan, idea yang bernas, kemantapan kepimpinan barisan muda PAS Kedah membuktikan mereka telah bersedia untuk memimpin Kedah pada P/Raya akan datang. Percakapan yang "matured" oleh Setiausaha Agung PAS, merangkap Ahli Parlimen Yan, Nasharuddin Mat Isa, jelas membayangkan betapa daifnya UMNO/BN Kedah.
Jika saya berada di atas pagar serta tidak tahu memilih parti mana, dan setelah menilai setiap aspek ucapan dan kewibawaan kepimpinan 2 parti politik di Kedah, saya terus terang akan mengundi PAS. Kerana apa? :
1. Kepimpinan BN di Kedah amat lemah dalam menangkis dakyah dan kekuatan PAS di Kedah. Lihat sahaja kepada bilangan orang yang mengunjungi ceramah "haram" PAS. Berduyun2 dan malah bilangannya seperti akan ada pilihanraya di esok hari. Hairan bin ajaib kerana kepimpinan UMNO Kedah tidak begitu TEGAS dalam menangani permasalahan ini dengan membiarkan PAS bermaharajalela meracuni pemikiran rakyat Kedah. Kepimpinan UMNO/BN Kedah tidak tegas seperti kepimpinan BN negeri lain seperti Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Trengganu yang tanpa henti dan tanpa pernah kenal erti penat lelah mematah kebejatan PAS. Di samping itu Pusat asuhan PAS, PASTI tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di Kedah.
2. Kepemimpinan UMNO/BN Kedah terlalu menekan kepada isu pembangunan mampan negeri. Lihat sahaja semalam, kita dihiburkan dengan pelbagai projek pembangunan materialistik di Kedah. Kedah Maju 2010 dan pelbagai lagi. Rakyat dimomok dengan isu pembangunan di sana sini. Tetapi PAS secara anak jantannya berkata "Sekarang rakyat Kedah tidak lagi memakan umpan dengan isu pembangunan kerana rakyat telah sedar bahawa keselarian pembangunan materialistik dan isaniah adalah yang terpenting dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah untuk membangunkan negeri tersebut. PAS juga dengan nada amaran memberi isyarat bahawa isu pembangunan tidak akan menjadi isu kemenangan UMNO/BN di Kedah.
3. Seharusnya kepimpinan BN sedar bahawa 2 kekalahan piliharaya kecil negeri di Lunas dan Anak Bukit memberi satu tamparan hebat, bahawa pembangunan bukan lagi gula-gula kepada pengundi rakyat Kedah. Projek ala Putraja di Anak Bukit, Kawasan Perindustian Berteknologi Tinggi Kulim sudah pun jatuh ketangan pembangkang. Pembangunan mega di dua tempat itu tidak dapat lagi menjadi isu modal utama. Sebaliknya PAS mengatakan mereka akan memperjuangkan isu-isu tempatan untuk memenangi Kedah. Antara isu tempatan itu adalah isu tanaman padi, isu balak, isu petani, isu Sekolah Agama Rakyat, isu kemiskinan rakyat, isu kepincangan kepimpinan, isu isaniah dan rohaniah dan banyak lagi isu-isu kepentingan rakyat setempat akan PAS gunakan untuk memenangi P/Raya akan datang.
4. Syed Razak sbg MB Kedah sepatutnya merasa malu dengan kata-kata beliau bahawa memang terdapat perbalahan di dalam UMNO Kedah. Tetapi yang lebih memalukan ialah beliau berkata " kalau depa nak berkelai (bergaduh), biaq pi kat depalah, yang penting masa P/Raya kita kena pastikan BN akan menang dengan majoriti yang banyak". Layakkah seorang MB berkata demikian?? Tindakan membuka pekung sendiri dan membiarkan percakaran sesama ahli akan mendatangkan bala kepada UMNO/BN Kedah. Sampai bilakah pergaduhan sesama ahli akan dibiarkan? Syed Razak seharusnya BIJAK menggunakan kata-kata yang mencerminkan kematangan pemikiran politik beliau dan bukannya main lepas sahaja.
5. Syed Razak sendiri mengaku bahawa "heavy weight" PAS berada Kedah dan bukannya di Kelantan dan Trengganu. Banyak ahli tertinggi PAS berasal dari Kedah, Shahnon Ahmad, Mat Sabu, Mahfuz, Taib Azzamuddin, Nasharuddin Mat Isa semuanya memenangi Parlimen Kedah. Dan jika beliau sedar keadaan ini, maka beliau seharusnya bertindak. Gerakkan jentera UMNO/BN untuk mengambil kembali DUN dan Parlimen yang jatuh kepada PAS. Satu lagi perkara yang mengecewakan kita ialah apakah tujuan utama MB Kedah memuji bahawa barisan PAS setelah kematian Fadzil Noor tidak se-extrime seperti dahulu, memakai baju kot dan bersongkok? Apa kena mengena dengan isu pemakain ini?
6. PAS jika dibandingkan dengan UMNO/BN banyak mendampingi rakyat. Kepimpinan mereka selalu turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat. Ini tidak seperti pemimpin BN yang jarang-jarang sekali turun padang. Sebaliknya mereka lebih selesa berada di Kuala Lumpur. Rakyat memerlukan pemimpin dikala mereka memerlukan bantuan.
Yang pasti, sesuatu harus dilakukan di Kedah untuk menyelamatkan negeri kelahiran pemimpin-pemimpin UMNO dari jatuh ketangan pembangkang. Selaku MB, Syed Razak sepatutnya mengambil langkah yang berani lagi drastik mematahkan serangan PAS, dan bukannya memuji PAS untuk menunujukkan bahwa kepimpinan UMNO/BN dibawah beliau diterima. Syed Razak seharusnya sedar bahawa confession beliau bahawa kepimpinan BN Negeri yang paling banyak dikritik adalah kempimpinan BN dibawah beliau. Jadi dan seharusnya beliau menerima kritikan2 tersebut dan memperbaiki semula barisan dalam mengembalikan semula keyakinan rakyat Kedah terhadap UMNO/ BN.
Kita amat berharap dengan pelancaran gerak kerja Pilihan Raya BN Kedah yang akan dilancarkan Sabtu ini akan mengembalikan kekuatan UMNO/BN di Kedah. Dengan adanya Gerak Kerja P/Raya yang awal, akan diambil kesempatan oleh UMNO/BN Kedah untuk menyiapkan parti pada peringkat awal. Tetapi harus diingat bahawa jangan dibiarkan PAS bermaharajalela di bumi Kedah. Isu-isu yang diselewengkan oleh PAS harus di terang oleh pemimpin atasan.
Note: Pada Hemat pengarang wawancara bersama Nasharudin tidaklah ada hebatnya. Jika kita teliti andaian Nasharudin bahawa ramai rakyat kedah miskin berdasarkan kajian kes beliau di satu kampung jelas menunjukkan mentaliti Setiausaha Agung Pas ini lagi teruk. Sekurang-kurangnya Syed Razak telah berusaha dan terserahlah kepada pucuk pimpinan untuk menentukan kemampuannya.