TAHNIAH
PEMUDA KEADILAN NASIONAL
Saiful Idham
12-04-2003
Akhirnya Pemuda Keadilan di bawah kepimpinan baru mempunyai sedikit rasa tanggung jawab atas keselamatan awam. Saya menyambut tindakan Pemangku tugas Pemuda Keadilan dengan kesimpulan bahawa kesedaran telah wujud di kalangan mereka bahawa perhimpunan demonstrasi tidak akan menguntungkan sesiapa pun. Tindakan membatalkan sebarang perhimpunan atau demonstrasi menunjukkan bahawa hasil dari penerangan yang cukup dari kerajaan mereka kini sedar bahawa tindakan demonstrasi selama ini merugikan bukan sahaja kerajaan malah diri mereka sendiri.
Sesuatu yang positif boleh diambil dari perkara ini ialah kesedaran, sungguhpun agak mahal bagi mereka yang cenderung kepada mengadakan perhimpunan khususnya bagi mereka yang sudah di tahan di bawah ISA namun hakikatnya Pemuda Keadilan sudah matang berpolitik.
Muhammad
Zahid Md Arip dalam kenyataannya mengatakan telah mengajak seluruh penyokong
Keadilan untuk tidak berhimpun melainkan berkumpul di rumah Datin Seri Wan
Azizah untuk mengadakan solat hajat semperna pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim
pada 14hb April 2003. Tindakan melarang ini adalah untuk menjaga keselamatan
Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya lagi pada HarakahDaily.
Kesedaran ini sebenarnya harus juga diserapkan kepada ahli penyokong Parti Keadilan dan barisan pembangkang yang pro kepada demonstrasi jalanan. Sebenarnya missi mereka adalah politik dan adalah lebih baik ianya dijalankan menuuti lunas dan landasan politik.
Muhamad Zahid juga dilapurkan berkata bahawa unsur-unsur keganasan senantiasa dikaitkan dengan tindakan rakus pendemonstrasi yang sering terbawa-bawa dengan perasaan emosional mereka. Kita tidak mahu Parti Keadilan Nasional di label sebagai parti yang ganas katanya kepada MalaysiaKini.(belum disiarkan oleh MalaysiaKini lagi). Menurut jawatankuasa Exco Pergerakan Pemuda Keadilan yang hadir pada mesyuarat Exco Pemuda baru-baru ini, Pemuda Keadilan memutuskan bahawa Black 14 juga tidak sesuai digunakan kerana masyarakat umum akan nampak ianya sebagai satu program yang ganas. Ini tidak baik buat imej Parti. Kita mahukan Parti Keadilan Nasional di ambil sebagai sebuah parti bersih bebas dari sebarang keganasan. Pemeliharaan imej parti penting untuk menyakinkan rakyat bahawa budaya kita bukan budaya ganas seperti yang dipamerkan di masa-masa lampau. Ini politik baru dan kita harus pandai untuk memenangi hati rakyat. Menurut Zahid lagi, kerajaan Barisan Nasional gagal dalam menegakkan keadilan buat rakyat dan masanya sudah tiba agar Barisan Pembangkang di beri peluang oleh rakyat untuk membuktikan bahawa kita mampu memerintah.
Apa yang jelas kita lihat ialah Pemuda di bawah Zahid turut mengakui selama ini Parti Keadilan Nasional yang cenderung kepada demonstrasi tidak baik untuk imej parti tersebut. Tindakan penyokong Parti itu dengan mengadakan demonstrasi jalanan adalah salah dan tidak akan menguntungkan sesiapa. Mungkin para-para penyokong reformasi harus mengambil ikhtibar dari apa yang telah di katakan oleh Ketua mereka Muhamad Zahid Md Arip.
Saiful Idham
dipetik dari harakahdaily.net
Perhimpunan
"Black 14" dibatalkan![]()
Friday,
April 11 @ 13:46:24 MYT
KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh)-Perhimpunan 'Black
14' yang dijangka diadakan di hadapan Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada
14 April ini dibatalkan atas dasar menjamin keselamatan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Pemangku Tugas Ketua Pemuda, Muhammad Zahid Md Arip dalam satu kenyataan hari
ini, katanya, Pemuda KeADILan memutuskan tidak akan menganjurkan apa-apa bentuk
perhimpunan sebaliknya akan mengadakan program sambutan sempena pembebasan Dato'
Seri Anwar pada tarikh tersebut.
Katanya, program sambutan itu akan diadakan di kediaman rasmi Presiden KeADILan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Tambahnya, program itu akan dimulakan dengan solat Maghrib, tahlil, solat isya' dan hajat, juga amanat daripada pemimpin kepada ahli-ahli dan penyokong yang hadir.
Pemuda KeADILan meminta ahli dan penyokong mengelak dari terlibat dalam sebarang perhimpunan yang boleh dijadikan alasan untuk melabelkan KeADILan dengan imej yang tidak baik yang akan menjejaskan keselamatan Anwar Ibrahim.
Nama
'Black 14' diambil sempena tarikh Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman enam tahun
penjara oleh Mahkamah Tinggi bermula 14 April 1998.