Assalamua'laikum wbt
Salam Sejahtera dan Salam Reformasi dari Indera Kayangan
Shahidan Kassim berkompromi dengan PAS/BA !!!
Dalam siri filem komedi Allahyarham Tan Sri P.Ramli bertajuk Pendekar Bujang Lapok kita dapati satu slot dua orang penyamun sedang membahagi bahagi harta sepencarian dailog nya berbunyi begini: "satu untuk aku…. satu untuk engkau"………….dan begitu seterusnyaaa….. Samalah juga apa yang berlaku diPerlis
Shahidan berkompromi dengan orang PAS/BA untuk mengekal kan kerusi seperti sediada ,iaitu 13 kerusi milik BN dan 3 kerusi milek PAS/BA… beres ….boleh tutup buku!!!semudah itu yeee!!! Shahidan boleh tidur lena YB Ustaz Hashim Jasin lena ternganga
Nak tanya sikit pada YB Ustaz Hashim Jasin…semasa berkompromi makhluk dua alam ni lidahnya warna apa? Yang kedua…lidahnya..berapa cabang?.
Sumpah sumpah boleh berubah warna dalam beberapa keadaan nak tau yang ini YB Ustaz Hj Hashim must learn Science in English not Arabic
Shahidan Kassim tidak pernah kecundang sebelum berlawan walau pun bertongkat paruh baginya musuh tetap musuh…..mangsa tetap mangsa
Tetapi tidak boleh dinafikan Shahidan boleh memberi kesemua kerusi di Perlis kepada PAS/BA dengan terkeluar isyarat amaran (Hazard light) kepada UMNO sekiranya permintaan tidak dimakbul oleh Pak Lah…"supaya usia Menteri Besarnya dilanjut sepenggal lagi"
Fenomena ini lebih ketara apabila amaran telah dikeluarkan olih Shahidan Kassim
Kepada penyokong penyokong Dato' Radzi Sheikh Ahmad Ketua Bahagian Kangar yang bakal menggoncang kedudukan MB sekarang. Shahidan memberi amaran "Sesiapa yang bertandang atau berhimpun dirumah Dato' Radzi akan di SENARAI HITAMKAN namanya dan tiada berpeluang melamar sebarang projek atau kedudukan dalam kerajaan"
Nah terbukti UMNO Perlis diambang perpecahan
Shahidan seorang yang licik…pandai menyusup dalam kem Dato' Radzi dan memasang strategi, diberinya "umpan tulang" kepada yang suka menyalak (lebih lebih lagi AJK Bahagian Kangar) pada dia. Apabila tulang diberi dengan kedudukan dan projek kerajaan kepada penyalak. penyalak ini, mereka akan berdiam dan akur pada Shahidan, apabila musim "menuai" musim mesyuarat agung tiba mereka inilah yang lembut gigi dari lidah memuji kehebatan Shahidan Kassim ,sebaliknya prejudis dan menafikan hak terhadap Dato' Radzi sebagai Ketua Bahagian Kangar
Kuncu kuncu Shahidan banyak bersarang dalam AJK Bahagian Kangar. Merekalah yang mempengaruhi dan menjana sekelompok Team Shahidan dalam Bahagian tersebut .Mereka memain peranan sebagai pembangkang dalam Bahagian Kangar. Kuncu kuncu Shahidan lah bakal merosak UMNO Bahagian Kangar, Projek projek kampung hanya disalurkan melalui "wahyu" Shahidan Kassim lain saluran dibakul sampahkan olih Pegawai pegawai tertentu . Kesian Dato Radzi yeee!!! Alang alang jadi pembangkang dalam parti UMNO MILEK Shahidan lebih baik jadi pembangkang diluar Parti UMNO!!!!!
Lebih sensasi lagi apabila PakLah bakal PM Oktober akan datang. Penyokong penyokong dari kem Dato' Radzi berasa selesa kerana PakLah dan Dato' Radzi adalah seangkatan dalam "Nostalgia S46". Mereka mengharap restu dari "bakal PM" untuk melantik Dato' Radzi jadi MB Perlis dan Kem Dato' Radzi "berikrar akan mebuat perubahan besar besaran hingga keperingkat penghapusan@ CANTAS "total" terhadap Shahidan dan kuncu kuncu termasuk pembersihan politik UMNO Perlis yang bercemaran…Kalau tidak………………………..(UMNO PERLIS dalam dilemma……………)
Kita akan saksikan pertembungan ini sedikit masa lagi . Pertembungan ini membawa rahmat kepada PAS/BA Perlis. Salah satu kem pasti akan kecundang dan kekecewaan menyelubungi mereka jesteru menjerumus…………… dan YB Ustaz Hashim Jasin apa tunggu lagi!!! tak cukup nyiru Stadium Utama Negeri Ustaz akan tadahkan……
Musuh yang kedua besar Shahidan ialah anak saudara PakLah YB Zahidi Zainal Abidin Adun Beseri.Walau bagaimana pun telah di kuarantinkan olih Dato Jamaludin Jarjis dan telah diistihar sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan II kerena disyaki berpenyakit Sindrom Penentang Shahidan Kassim tersangat teruk . Sindrom tersebut telah merebak ke
Rompin hinggakan Puak Dato JJ telah meletak satu tanda tanya yang tersangat besar didepan Dato JJ "mengapa orang Perlis? Orang
Rompin tak ade tokoh keee!!!!!!
Rakyat M@rhaen Perlis dah meluat dengan suasana politik yang mengkerenah begini mereka hanya mampu berdiam sambil menunggu kedatangan hari "Rakyat Menjadi Raja" Bisu M@rhaen….. bisu membebal !!!kemarahan M@rhaen bagaikan Api dalam Sekam
M@rhaen sudah insaf dan sedar bahawa mereka hanya alat permainan Politikus yang rakus kuasa. M@rhaen sudah tersentak dari lamunan "kalau menang kita bersorak……. kalau kampung tergadai pun kita MESTI kena melalak" itulah wadah Perjuangan masakini….
………………………………………bersambung ………………………………….
Sekian Wallahu'alam
Sorayanii.com
Indera Kayangan, Perlis
30 April 2003
DJ2@RMP:Teringat yang dulu dulu………………..
Ayun Pak Denok
Sampai Kuala Perlih
Hati tak seronok
Nak jumpa tak boleh