Soalan untuk Ghazali Mat Dom
Mohd Tahir Mohd Ali
05-04-2003
Saya bukan ahli UMNO. Saya tertarik dengan UMNO-REFORM semenjak setahun yang lalu. Saya ingin bertanya kepada saudara, apakah pada pandangan saudara Parti Keadilan Nasional dan rakan BA nya mampu menolak UMNO pada pilihanraya akan
datang.
Saya tidak mampu menjawab soalan saudara dengan tepat. Namun ini adalah pandangan peribadi saya. Pada pandangan saya Parti Keadilan serta rakan BA nya setakat hari ini tidak akan berupaya menolak UMNO secara total. Sungguhpun begitu saya berpendapat seandainya terdapat isu besar politik khususnya yang melihatkan Dato Seri Anwar Ibrahim maka berkemungkinan pandangan saya akan meleset. Isu besar yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang mampu bagi saya memberi kekuatan untuk pakatan pembangkang untuk berdepan secara hebat dan kemungkinan mampu menolak UMNO.
Setakat hari ini apa yang saya nampak ialah Parti Keadilan Nasional selaku peneraju gelombang besar pergolakan politik kini sudah tidak berdaya untuk merencana perubahan.
Sekian
Ghazali Mat Dom