userid = umno-reform
name = sarah
where = surat =

Saya rasa kes anwar sudah tidak relevan lagi. Sama ada Anwar masuk balik umno atau tidak, dibebaskan atau tidak, kehilangan sokongan umno kepada pas semasa pemecatannya sudang hilang dan tidak mudah untuk sokongan ini kembali kepada Umno. Penyokong Pas sebenarnya dont care anymore abt Anwar sebab apa yang mereka juangkan adalah pelaksanaan hudud secepat mungkin sebaik Pas dapat menawan seluruh negara.

Ini mungkin tidak akan berlaku dalam masa tersingkat ini tetapi cabaran untuk menawan negeri demi negeri tetap ada. Yang kita maklum, Pahang, Kedah dan Perlis pada masa ini mudah sahaja boleh tumbang ke tangan pembangkang jika tiada sokongan baru diperoleh Umno selepas p.raya 1999.

Sungguhpun groundwork menunjukkan umno dapat menawan kembali kerusi-kerusi di Perak dan Selangor, ia masih tidak cukup jika kita kalah lagi di negeri lain. saya sebagai seorang guru di sebuah sekolah di ipoh boleh menyatakan bahawa sokongan kepada umno, mungkin telah meningkat sedikit sebanyak tapi sokongan kepada parti pembangkang masih utuh.

Kalau tahun 1995 hampir 90% guru berada di pihak Umno, tahun 1999, jumlah ini overturn dengan 90% kepada pas dan keadilan. sokongan pada umno kini, meningkat dari 10% kepada lebih kurang 30/40% di sekolah saya tapi saya rasakan ia masih tidak cukup memandangkan apa yang umno perlukan adalah sokongan majoriti melayu.

Bagi saya, kalau umno boleh bernafas hanya degan sokongan bukan melayu, maka hilanglah makna perjuangan umno. bukannya saya nak kata sokongan bukan melayu kepada umno tak baik (kita perlu dan berterima kasih) tapi apakah orang melayu dah lupa , leka dengan diri mereka seolah-olah mereka kni mempunyai "choice". kerajaan atau pas. kalau tak suka, keadilan. bangunlah! secara praktikal kita tiada lagi pilihan selain kerajaan sedia ada. jangan harap pas akan membawa kegemilangan kepada kita.

Mungkin kita marah terhadap umno kerana orang tertentu yang menunjukkan sikap tak baik, seperti ada yang menyatakan ketua bahagian tak baik dan sebagainya, tapi umno parti kita tak bersalah. Jangan menyalahkan parti....yang telah kita dukung selama ini. Terutamanya dalam pilihan raya akan datang. Kalau kita tersilap pilih dan kerajaan ditukar, sungguhpun tempohnya hanya maxima 5 tahun, padahnya memang teruk.

Saya serukan di sini agar kalau benar kita inginkan a promising future maka hanya umno sahajalah pilihan kita. pilihanraya akan datang tidak seperti 1999 di mana kita boleh menyatakan ketidakpuasan atau kemarahan dengan memangkah pembangkang. Kali ini kalau silap pangkah...........................................................................................