LAMAN WEB UMNO MENYERUPAI LAMAN REFORMASI MAHAZALIM 4 TAHUN LALU
Saiful Idham
05-03-2003
 

Rindu pada caci maki yang pernah di buat oleh Laman Reformasi Mahazalim yang kini tergantung operasinya, sila ke Laman Gerbang Tempur Puteri UMNO. Cuma yang berbeza adalah laman ini di rasmikan oleh Abdullah Ahmad Badawi dan Azalina selaku Ketua Puteri UMNO kini memaparkan berita-berita sensasi termasuk penggunaan bahasa-bahasa menjijikkan. Cuba kita lihat laman tempur yang dikatakan membawa slogan “no retreat”, “no surrender”  atau tidak mengalah tidak menyerah ini.   Di bawah adalah petikan dari artikel siaran mereka:-


Sesiapa sahaja yang berada di pekarangan bangunan Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur pada malam 3 September 1998 pasti dapat merasakan khayal `steem`ramai awek awek `aljubri`menari tarian `gelek`dengan hanya pakai coli dan `modess`dan`kortex`sesuatu yang luar biasa dalam bentuk gerakan reformasi aljubri haramjadah akan tercetus selepas Datuk Seri aljubri haramjadah Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan dan umno.

Provokasi, ugutan terhadap ketenteraman awam termasok pecah jamban-jamban di ibu kota, demonstrasi ,persetubuhan haram antara lelaki dengan lelaki, rusuhan pecah kedai amik`ky`cream pelincir untuk ju** dan perbuatan lain mencabar undang-undang dengan berdemonstrasi beramai-ramai masih terus berlaku yang menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya yang cuba dirancang oleh mereka mereka kaki main ju** ni.”


Mungkin mereka rasa inilah satu sistem perang saraf baru yang mampu membawa kejayaan bagi UMNO. Mungkin mereka rasa mereka perlu turun serendah Laman Mahazalim untuk memulakan siri serangan terhadap pembangkang. Namun apa yang mereka lalukan hanya menunjukkan betapa kurangnya strategi-strategi perang saraf UMNO khususnya untuk bertempur dalam alam internat dan maya ini.

Apa yang jelas adalah ini adalah teknik lama yang telah lupus dan tidak mampu menjana apa-apa selain dari keseronokan diri. Saya percaya kalau kita lihat secara mendalam teknik ini adalah teknik 4 tahun sudah yang kini di adaptasi oleh kita dalam UMNO. Mereka dikalangan pembangkang sudah berubah ke arena baru yang mungkin tidak dapat di sedari oleh pakar-pakar perang saraf siber kita.

Namun saya syorkan agar kepimpinan Puteri dan UMNO melihat semula tulisan dan artikel siaran agar tidak terpalit dengan kesilapan mereka ini.

Saya percaya pakar-pakar siber UMNO dan Puteri harus mengkaji secara khusus arah mana laman - laman mereka mahu di bawa dan melihat apakah perang saraf baru pembangkang di siber yang kini lebih mustajab menurut era 2003.

Mungkin setelah sdra/sdri kaji dengan lebih mendalam maka hakikat cara dan sistem baru mereka dalam siber mungkin dapat sdra/ri fahami.

Jangan terpengaruh dengan keseronokan diri kerana keadaan 1998 dan tahun ini 2003 banyak berbeza. Percayalah sungguh pun ada lagi laman mereka dari pembangkang yang menggunakan teknik lama tetapi mereka juga mempunyai cara baru yang saya sendiri akui ianya amat berkesan.

Mungkin sdr/dri buangkan seketika topi keegoan dan pra sangka terhadap umno-reform dan tanyakan apa sebenarnya yang kami nampak yang mampu memberi kesan dari segi perang saraf internat yang sdra/sdri tidak nampak.

Saiful Idham