Marah
benar KMU kepada umno-reform?
Rais Yassin
04-05-2003
Komen KMU klik sini Oleh: Kunta Kinte Malaysia
Terima Kasih atas komen Kunta-Kinte mengenai saya dan UMNO-REFORM.
Satu garisan yang nyata mengenai komen umno-reform.com (sewaktu itu Ghazali Mat Dom editornya) yang di paparkan oleh KMU ialah kritikan saya mengenai Azimi Daim dan Biro Pengaduan Pemuda. Kritikan dengan pembinaan "counter" mengira hari bilakah akan di laksanakan Biro Pengaduan Pemuda bertujuan tidak lain dari mendesak Azimi Daim untuk melaksanakan apa yang telah di katakan oleh beliau. Desakan itu perlu kerana sewaktu itu saya mahukan Biro ini di tubuhkan dan beroperasi dengan pantas agar manfaatnya sampai kepada rakyat. Bagi saya langkah umno-reform itu memadai untuk mempercepatkan perlaksanaan Biro tersebut.
Baru-baru ini saya memaparkan posting kritikan dari laman KMU mengenai kepimpinan Azimi Daim, kritikan dan teguran dari Laman Selangor Daily dan saranan laman itu agar kepimpinan UMNO perlu di kritik oleh laman-laman web UMNO sendiri. Ini tidak lain bagi menunjukkan kedewasaan laman - laman web UMNO yang kalau dahulunya melenting setiap kali umno-reform menegur secara terbuka kepimpinan UMNO. Hari ini sebenarnya umno-reform berbangga kerana laman-laman UMNO sekarang ini sudah berusaha untuk memaparkan dengan berani sebarang rasa tidak puasan hati atau teguran mereka/ahli umno terhadap kepimpinan UMNO sendiri. Ini akan membentuk satu siri "check & balance" bagi menjana UMNO yang lebih relevan dan di terima oleh semua masyarakat khasnya orang -orang Melayu.
Saya menerima teguran Kunta-Kinte secara total. Ini saya harap akan mendewasakan penulisan saya dan kritikan saya baik kepada UMNO mahupun kepada kepimpinan politik dan kepimpinan rakyat lain. Walau bagaimana pun sdr Kunta-Kinte harus sedar bahawa umno-reform sebelum ini tidak pernah di akui oleh laman umno lain sebagai sebahagian dari laman umno. Ada yang mengatakan laman ini adalah "spin doctor" pembangkang - laman KMU sendiri yang mencatat perkara itu' lantas bagaimanakah kami mampu untuk menaikkan atau menurunkan seseorang pemimpin dalam UMNO. Bagi saya satu kritikan terhadap kepimpinan UMNO dari KMU mempunyai lebih impak dari berjela-jela tulisan saya mengkritik UMNO atau kepimpinan UMNO.
Mengenai komen "muda" sdr agar saya pergi ke tandas untuk mencerminkan diri, saya harap sdr dapat meninggalkan "remarks" sedemikian agar tulisan sdr lebih responsif dan di terima sebagai satu kritikan padat dan matang. Ini ikhlas dari saya dan kalau ianya menyinggung perasaan, saya mohon maaf.
Sungguhpun begitu saya di umno-reform memandang serius lemparan tuduhan mengenai umno-reform ini adalah tajaan Azimi dan Datuk Aziz Sheikh Fadzir. Saya nasihatkan sdr secara ikhlas berjumpa dengan kepimpinan tersebut dan bertanyakan hal yang sebenarnya. Mungkin meminta sdr berjumpa mereka agak "mild" oleh itu saya memberi cabaran kepada sdr untuk berjumpa dengan berani dan bertanyakan hal tersebut dan sekiranya nampak ada kebenaran dan mampu di sahkan bahawa mereka adalah umno-reform saya berani kehadapan berjumpa dengan sdr dan membuktikan secara terbuka siapa umno-reform.
Sekian
Rais Yassin