userid = umno-reform name = puteri umno subang 

saya nak jawab soalan Tahir berkenan "chance" umno dalam pilihanraya akan datang. sungguhpun tiada pengiraan saintifik berkenan jumlah peningkatan sokongan kepada kerajaan BN namun pada pandangan saya, BN mampu menewaskan pembangkang dengan mudah dalam pilihanraya akan datang.

Pas dan Keadilan mungkin meletakkan harapan kepada pengundi muda (di bawah umur 30-an) yang dikatakan majoriti menyokong mereka, tapi kalau kita lihat, antara keluarga kita, sahabat handai, ramai sebenarnya yang tidak berparti, dan juga tidak menyokong apa-apa parti. yang ada adalah golongan reformasi dulu yang makin hari makin berkurangan.

Selain itu, keadaan "feel good" dirasai oleh kebanyakan rakyat negara sekarang sungguhpun ekonomi belum pulih sepenuhnya. di kalangan orang melayu Selangor, jumlah pendapatan dan taraf kehidupan kian meningkat dan jumlah middle class kini mencecah lebih sejuta orang. dijangkakan umno selangor akan mudah menumpaskan pas di negeri ini.

Di Perak, Pulau Pinang, negeri yang jumlah penduduknya agak ramai yang bukan melayu, tidak mungkin jatuh ke tangan pembangkang kerana faktor "mixed seat" yang mana jumlah pengundi di sesebuah kawasan terdiri daripada lebih kurang 50% melayu 50% bukan melayu. ini memberi kelebihan kepada BN yang menang hampir kesemua mixed seats yang ditandingi.

Negeri-negeri selatan, melaka, n.9 dan Johor juga dijangka tidak bermasalah malahan undi kepada BN dijangka akan meningkat. pahang, negeri yang merupakan kubu kuat umno, hampir tumpas kalau bukan undi bukan melayu pada p.raya lalu. tapi p.raya sanggang dan ketari menyaksikan sokongan 55-60% undi melayu kepada BN, dan jika tiada perkara besar, pahang tetap di tangan umno.

Tapi, sehingga kini, masih tidak dapat dijangkakan tahap sokongan negeri melayu utara pada Umno. apakah Umno akan kembali menawan Terengganu? Dan apakah Pas akan terus bertapak di Kedah dengan memenangi lebih kerusi sehingga berjaya memerintah Kedah? boleh tak Ghazali memberi pandangan anda...