“Pemuda
UMNO masih ketinggalan” kata Penolong Setiausaha Pemuda
Ulasan oleh Rais Yassin
16-05-2003
Setidak-tidaknya
beliau bercakap benar. Di tanya “raking” pencapaian Pemuda UMNO Malaysia
pada satu program TV “Isu Semasa” Zulkifli Alwi mengatakan bahawa
pencapaian Pemuda UMNO adalah pada tahap 3/10
Statistik yang rendah ini menunjukkan
bahawa Pemuda masih belum berjaya dalam usaha-usaha mereka walaupun sehingga ke
hari ini bagi saya apa yang di usahakan oleh Pemuda bagi saya belum jelas.
Saya
boleh mengambil jalan selamat dengan mengatakan usaha Pemuda adalah untuk
membantu rakyat dalam apa juga sekali pun bagi mencapai kejayaan, pembangunan
dan sebagainya. Pendek kata usaha Pemuda UMNO adalah ke arah kebaikan namun
generalisasi ini hanya menunjukkan bahawa kita tidak ada fokus tertentu arah
mana yang mahu di tuju oleh Pemuda UMNO.
Pemuda
tidak perlu bimbang dalam soal perlaksanakan atau mencari arah kerana sehingga
hari ini pasti Pemuda UMNO sedar bahawa arah tersebut telah di pandukan dan
Pemuda hanya perlu ikut sahaja.
Pemuda hari ini berbeza dengan Pemuda UMNO zaman-zaman sebelum ini yang
bertindak secara kolektif bagi menentukan sesuatu dasar dan perlaksanaan oleh
parti memerintah. Mereka akan menerima sekiranya cadangan itu di lihat akan
memberi kesan positif kepada rakyat. Mereka tidak silu atau takut membantah
andai dirasakan ianya tidak akan menjana sebarang keuntungan bagi rakyat.
Namun
hari ini berbeza, mereka bertindak bagi memperakui apa sahaja yang di berikan
kepada mereka oleh kepimpinan tertinggi atau atasan.
Sikap
ini sebenarnya meletakkan Pemuda dalam “ranking” 3/10 skala kejayaan Pemuda
UMNO Malaysia.
Apa
pun persoalannya, Pemuda sendiri dapat mengukur.
Rais Yassin