BILA UMNO NAK BERUBAH NI?
Mat Pas
11-05-2003

'Lawak jenaka' yang dibesar-besarkan media antara polis dan Hadi berkenaan isu 'polis bantu kegiatan maksiat' ialah bukti kepada 'kebodoh-sombongan' UMNO Terengganu seperti juga abang kembarnya di Kelantan.

Umum tahu beberapa waktu lalu pihak polis tidak endahkan perintah kerajaan negeri supaya tidak menganjurkan satu konsert. Polis pula menunjukkan belangnya dengan meneruskan konsert itu, tentu kerana mendapat sokongan dari UMNO yang 'bodoh sombong' itu.

Hakikatnya memang UMNO sengaja membawa konsert ke kedua-dua negeri Kelantan dan Terengganu. Kini setelah dikatakan berbuat begitu, apa guna cuba berdalih pula? Menyesal agaknya? Inilah dia buktinya - UMNO memang 'bodoh tapi sombong'.

Sombong konon rasa masih atau semakin kuat. Pada masa yang sama bodoh kerana tidak pernah ambil peduli apa selera politik orang Kelantan dan Terengganu! Kononnya UMNO ada 'think tank' yang sentiasa memantau isu-isu dan pola politik orang Melayu. Lalu dari kajian itu digunakan untuk ambil langkah memenangi hati orang Kelantan dan Terengganu kembali.

Terbukti, nampaknya tidak begitu. Pemimpin UMNO nampaknya bertindak sombrono menunjukkan kepala yang keras dan menyerlahkan kebodoh-sombongannya! Orang Kelantan dan Terengganu mahukan suasana keislaman, tak kira orang kelantan Pas , UMNO, mahupun atas pagar. Lantas yang Ibrahim Ali bawa masuk konsert itu apa halnya? Dan yang polis bawa masuk konsert di Terengganu tu buat apanya? Bodoh! Sombong!

Dan kini bila Hadi gembar-gemburkan, buat apa nak melenting? Belajarlah dari kesilapan dan jangan buat lagi kerja-kerja tak berfaedah spt membawa konsert ke Kelantan dan Terengganu ini! Berhentilah dari terus menjadi bodoh sombong! Lagipun isu ini membazirkan masa rakyat sahaja!

Mat Pas