Azimi Daim apa sumbanganya
Posted on Monday, April 28 @ 21:15:59 MYT by kuntakinte 


Anonymous writes " AZIMI DAIM . SIAPA TU ? GEMPAR SANGAT KE ORANGNYA? BANYAK KE SUMBANGANNYA ?

ORANGNYA MUNGKIN GEMPAR , TAPI BAK TONG KOSONG. BUNYI SAHAJA KUAT TAPI ISINYA TIADA. APALAH ADA PADA AZIMI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN DATO KADIR, YANG SUMBANGANNYA TELAH TERBUKTI MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN.
KUAT DAN TABAH BEKERJA UNTUK UMNO DAN MALAYSIA.

MASA PILIHANRAYA ANAK BUKIT DAN PENDANG DULU KE SANA KEMARI KADIR MERAYU UNDI MALAHAN BILA SEMUA PAHLAWAN UMNO CABUT LARI DARI ANAK BUKIT SEMASA KEPUTUSAN PILIHANRAYA ANAK BUKIT DATO KADIR JUGA YANG BERANI TETAP DI SANA SECARA GENTLEMAN.

NAK HARAPKAN AZIMI DAIM JAUH PANGGANG DARI API.

AZIMI DAIM...AZIMI DAIM...BERHINGUS LAGI DAH TUNJUK LAGAK TYPICAL PEMUDA UMNO KEDAH YANG TOLOL DAN BANGAK TETAPI BANYAK LAGAK SEPERTI TIMBALAN KETUA PEMUDA UMNO AZIZ SHEIKH FADZIL.

ORANG SEPERTI AZIMI DAN SEKAUMNYA SEPERTI AZIZ PERLU DI TENTANG HABIS HABISAN.

MEREKA NI ORANG YG LAGAK NYA BESAR TAPI ISINYA TIADA.

KALAU DEKAT JOHOR TERUTAMANYA KENA PULAK KAT JOHOR BAHRU DAH LAMA HANCUR LEBUR DAH DIA ORANG NI TERLUNGKUP.

DRMUZI
UMNO JOHOR .

BENTENG TERKUAT UMNO SELURUH MALAYSIA.

WASSALAM.




Note: Pada hemat pengarang kedua-dua belah pihak ada kekurangan dan kelebihan. Sudah tentu kalau Azimi diberi peluang menjawat jawatan beliau pun akan menyumbang sesuatu. Pengarang pernah melihat kemampuan Azimi berkempen dan berpendapat beliau juga ada kelebihan. Adalah lebih baik kita bermaaf-maafan dan bersatu dari berpecah belah tanpa tujuan. Yang penting kedua-dua mereka sanggup memperbaiki kelemahan kerana kelemahan yang dihuraikan dalam artikel sebelum ini boleh merosakkan UMNO Bahagian Kulim/Bandar Bharu. 






Kulim/Bandar Bharu: Jangan Menang Sorak kampung Tergadai
Posted on Monday, April 28 @ 03:54:34 MYT by kuntakinte 




Oleh: Kunta Kinte Malaysia
Semalam kemuncak perselisihan kem Ketua Pemuda Kulim/Bandar Bharu, Datuk Azimi Daim dan Ketua Bahagian Kulim/Bandar Bharu, Datuk Kadir Sheikh Fadzir, sampai ke kemuncaknya bila berlaku undi tidak percaya terhadap Ketua Pemuda Bahagian tersebut. 

Kunta Kinte tidak berniat untuk berpihak kepada mana-mana kumpulan. Bagi Kunta Kinte, info yang dikumpul sejak pilihan raya kecil Lunas lalu hingga hari ini memperlihatkan kedua-dua belah pihak ada silapnya. Cuma apa yang dikesalkan ketika pengaruh Pas kian membesar di Kedah, ketika Lunas jatuh kepada pembangkang, pemimpin bahagian tersebut sibuk bergaduh sesama mereka. 


Kemarahan Azimi Daim kepada Datuk Kadir pastinya bermula ketika Datuk Kadir meletak calon menentang beliau untuk jawatan Ketua Pemuda Bahagian. Lalu Azimi mencabar kem Datuk Kadir dengan bertanding sebagai Timbalan Ketua Bahagian. Azimi menang di Pemuda Bahagian tetapi kalah sebagai Timbalan Ketua Bahagian. Sejak itu perselisihan sukar lagi dikawal antara seorang Menteri dengan bekas Setiausaha Politiknya. Tentulah Azimi tidak mempunyai pilihan kecuali mencari jalan mempertahankan survival politiknya. 

Tapi Azimi sendiri seolah-olah hilang pengaruh. Khabarnya cawangan beliau pun menghadapi masalah yang serupa seperti yang berlaku di Bahagian, Jumaat lalu. Masalah Azimi ialah membiarkan dirinya hanya dikelilingi oleh orang tertentu sahaja. Khabarnya, orang Azimi penuh dengan para kontraktor sahaja hingga hilang semangat pemuda lainnya. Banyak juga Pemuda UMNO Bahagian marahkan Azimi bukan kerana mereka penyokong Datuk Kadir atau anti Azimi. Tanya pemuda UMNO Bahagian yang tidak berpihak pastinya mereka akan berkata Geng Azimi "Geng Kontraktor". Inilah padahnya bila membina kelompok penyokong tersendiri tanpa melihat majoriti pemuda di situ. 

Tapi golongan ini pun bukannya suka sangat dengan Datuk Kadir. Bila sebut kem Datuk Kadir maka akan keluar pula kenyataan "tu AJK Bahagian semua geng kayuh geqek (basikal)" (maknanya tidak berpendidikan tinggi). 

Seorang informer penulis memberitahu bahawa banyak borang permohonan Keahlian UMNO dari golongan graduan dan siswazah dibekukan sahaja di pejabat UMNO Bahagian. Bayangkan, Kulim/Bandar Bharu kawasan yang dipenuhi profesional yang berkhidmat di Kulim Hi-Tech Park tetapi AJK bahagian semuanya setakat lulusan SPM sahaja. Bukan lulusan SPM tidak boleh jadi AJK Bahagian tapi janganlah semua setara macam tu sahaja. Macam mana bahagian hendak berkembang? 

Khabarnya inilah juga punca kemarahan Azimi Daim kepada Datuk kadir. Dan inilah juga punca kemarahan sesetengah orang di Bahagian Kulim/Bandar Bharu hingga kalah Lunas tempoh hari. 

Azimi mungkin mendapat sokongan yang lebih kuat jika beliau memahami kehendak pemuda setempat. Malangnya, imej "geng kontraktor" yang melekat pada Azimi cukup sukar dikikis lagi pada sebahagian Pemuda. Kata mereka "jika Azimi ganti Datuk Kadiaq lagi lama pengaruh dia. habih semua nanti geng kontraktor aja. Buruk-buruk Datuk Kadiaq berapa lama lagi dia nak tongkat langit." 

Apa pun perkara ini boleh berubah. Cara mendamaikan UMNO Bahagian Kulim/Bandar Bharu tidaklah rumit dan ruwet. 

Pertamanya, Datuk Kadir jangan kacau Azimi dan Azimi jangan kacau Datuk Kadir. Hentikan jatuh menjatih dan kekalkan status-quo yang ada.

Keduanya, Azimi kena berubah. Jangan nampak sangat kem beliau dipenuhi kontraktor saja. Ini kata orang hanya jenis penyokong cari makan. Jangan bila terdesak baru hendak cari pemuda lain. 

Datuk Kadir pun kena berubah. Kena tengok pasai apa banyak borang permohonan lulusan universiti terperap begitu sahaja. Bila Ketua Bahagian tidak bertindak balas, umum akan melihat Ketua Bahagian merestui kerja memerap atau membekukan borang permohonan Keahlian para siswazah dan graduan kawasan tersebut. 

Untuk semua ahli UMNO Bahagian Kulim/Bandar Bharu: Kalau hendak bergasak juga bergasakla bagi puas. Jangan yang kalah merajuk menyokong pembangkang sudahlah. Tak guna menang sorak tapi kampung tergadai. 



Re: Kulim/Bandar Bharu: Jangan Menang Sorak kampung Tergadai (Score: 1)
by HarakahSerong (pasPONDAN@n.ajis.nyanyuk.haprak) on Monday, April 28 @ 08:57:17 MYT
(User Info | Send a Message) www.kmu.net.my 
Tahniah UMNO sebab berani untuk membetulkan yang salah.

kita jangan jadi macam pas, penuh dengan pak angguk, penjilat, pengampoo dan pak turut.

Gelombang biru semakin ganas, pas akan bungkus pilihanraya ni!

TINGGALKAN PAS UNTUK MENYELAMATKAN AKIDAH! 



Re: Kulim/Bandar Bharu: Jangan Menang Sorak kampung Tergadai (Score: 1)
by BARHONDA on Monday, April 28 @ 09:37:41 MYT
(User Info | Send a Message) 
HANTUKKAN AJER DUA DUA TU PUNYA KEPALA MASING MASING!! BARU DEPA SEDAR SIKIT...KEH KEH KEH.....
SAPA SAPA YANG TAK MAMPU JALANKAN TUGAS TU TURUN JER DARI TAKHTA TU...BIAR ORANG YANG BERSEMANGAT TAKE OVER !!

CUBA TIRU CAM PEMUDA JOHOR!! AKU RESPEK CARA DEPA BEKERJA!! CANGGIH MANGGIH!! KEH KEH KEH...

JADI UNTUK PEMUDA UMNO KULIM TU...SEDAR LA !! AWAK TU ORANG LANTIK BUAT KEJE..BUKAN JADI TUKANG CAKAP JER...KEH KEH KEH!!

P/S: CAM NI LA UMNO AKAN KUAT KALAU ADA PIHAK SPERTI KMU YANG KRITIK TERHADAP UMNO! SYABAS KMU!! AKU SOKONG APA YANG KUNTAKINTE TU TULIS!! JANGAN SAMPAI KAMPUNG TERGADAI!! 




simpan borang di bahagian - masalah besar UMNO... (Score: 1)
by atiefs (atiefs@gawab.com) on Monday, April 28 @ 10:04:27 MYT
(User Info | Send a Message) http://atiefs.cjb.net 
ish ish ish.... kenapa ler sampai camnie sekali KULIM oiii? :(

bab simpan borang kat pejabat bahagian ni bagi aku masalah yang sangat besar... punya takut hilang pangkat, hilang jawatan, hilang pengaruh sampai sanggup biar UMNO hilang dari mendapat majoriti DUN dan Parlimen... HUH!!!!!

di Arau, aku mendapat kabar terlalu banyak orang dalam kawasan UMNO bahagian Arau yang dah berpuluh kali submit borang tapi still tak boleh jadi ahli... to Sdr. Amar Hassan, takkan la nak tunggu kena undi tak percaya baru nak kelam kabut? kalau rajin buat kerja untuk kuatkan UMNO, tak sombong, tepati janji, orang nak cantas pun sayang... [tolong sampaikan msg ni kat dia bagi sesiapa yang mengenali beliau].

beberapa kenalan lain di kawasan UMNO cawangan Pekan Arau menceritakan bahawa dah beratus ringgit [termasuk yuran keahlian + sumbangan untuk buat aktiviti] dilaburkan oleh orang-orang yang berijazah universiti ni untuk jadi ahli UMNO... diaorang jadi dermawan sebab nak tengok UMNO kuat, bukan nak ambil jawatan tu sangat kalau dah pemegang jawatan yang sedia ada dah boleh menggerakkan jentera parti... seorang dari mereka berkata, "nampaknya hajat nak jadi ahli UMNO seumur hidup susah sungguh nak tercapai... aku jadi bakal ahli seumur hidup la senang... isi borang tak pernah lulus".

perkara sama diyakini berlaku di berpuluh [kalau tak beratus pun] cawangan lain di seluruh negara... harap Pak Lah dapat teliti kenapa perlu "budaya cantas" untuk kebaikan UMNO.. 




Re: Kulim/Bandar Bharu: Jangan Menang Sorak kampung Tergadai (Score: 1)
by zackrie26 on Monday, April 28 @ 10:38:29 MYT
(User Info | Send a Message) 
Tahniah UMNO kerana menunjukkan kita bukan yes man saja.
Walau bagaimanapun, seelok-eloknya, tender2 untuk pembinaan etc lebih telus eg diberi kepada orang yang berkebolehan. Jadi tak akan timbul orang yang tak berpendidikan jadi kaya raya serta merta lepas tu takut hilang kuasa etc.
Malaysia sudah berubah, semakin ramai orang muda berpendidikan yang inginkan peluang sama rata. 




Re: Kulim/Bandar Bharu: Jangan Menang Sorak kampung Tergadai (Score: 1)
by Heywa on Monday, April 28 @ 12:04:36 MYT
(User Info | Send a Message) 
Tertib dan saling hormat menghormati adalah antara rencah mujarab dlm kekusutan yang melanda antara kedua dua pihak. Kesedaran akan kita adalah insan lemah disisi Allah tidak dipraktikkan dan kegagalan memahami konsep persefahaman dan merendah diri juga tidak menampakkan kelibatnya. Kedua-dua pemimpin sebaiknya bermuhasabah bukan kerana tuntutan parti atau penyokong tetapi lebih kepada tanggungjawab individu dlm menjaga maruah diri, agama, masyarakat dan negara.

Sekiranya gagal berbuat, maka tindakan susulan mesti dibuat bagi merosakkan lagi imej UMNO dan sekiranya perlu, kedua-duanya perlu berhanti memegang jawatan dan teruskan persengketaan diluar...... 




Re: Kulim/Bandar Bharu: Jangan Menang Sorak kampung Tergadai (Score: 1)
by samdol on Monday, April 28 @ 15:04:13 MYT
(User Info | Send a Message) 
Wahai Saudara atiefs

Tentulah dia simpan borang kau !!!!! kau ni grads ...merbahaya untuk pemimpin-pemimpin senior dlm bahagian & cawangan. Diorang yang tua kutuk tu kalau boleh tak mau tengok klon Datuk Jamaluddin Jarjis & klon Datuk Khir muncul mendadak !!

Tahun 90an
Buat banyak IPTA tapi UMNO sikit tak hirau budak-budak U yang sokong UMNO. Dari tahun satu hingga grad takde program 'outreach' langsung. Tiada langsung pergerakan pro-UMNO di Universiti tempatan dalam tahun 1990-an kerana pemimpin UMNO memang mabuk & lalai pada bangsa dia sendiri.

Alaf baru
Para pemimpin bahagian & cawangan UMNO seluruh negara berusaha menyekat kemasukkan graduan-graduan pintar ke dlm UMNO.
Cukup bahaya kerana mereka (graduan) mungkin akan membawa angin perubahan baru dalam UMNO. 
Berbeza dengan pendekatan MCA & PAP Singapura yang mengutamakan cendekiawan sebagai para pemimpin mereka.






Re: Kulim/Bandar Bharu: Jangan Menang Sorak kampung Tergadai (Score: 1)
by BARHONDA on Monday, April 28 @ 15:12:01 MYT
(User Info | Send a Message) 
BUNYI CAM KO KECIWA JER SAMDOL?? KO TAK DAPAT APA APA KER?? PROJEK KER?? JAWATAN KER KOT?? KEH KEH KEH....

AKU PAHAM KO SEDIH PASAL HAL ORANG..TAPI KAMI SEDIH LAGI BILA ADA ORANG TU KECIWA TAK DAPAT APA APA HABUAN CAM KO!! KEH KEH KEH...

BERSABAR LA SAMDOL....JANGAN JADI MUKA BENDOL UDAH LA....KEH KEH KEH.. 




Re: Kulim/Bandar Bharu: Jangan Menang Sorak kampung Tergadai (Score: 1)
by abang (antirasuah@HAPUSKANRASUAH.com.my) on Monday, April 28 @ 15:36:07 MYT
(User Info | Send a Message) 
diharapkan agar kuntakinte membuat artikel sebegini lebih banyak lagi dari menumpukan di kedah sahaja. Banyak lagi orang yang tak puas hati dengan umno ni.lihatlah mana-mana bahagian pun sama saja.cantas/cah keting dah menjadi amalan umno. 



Re: Kulim/Bandar Bharu: Jangan Menang Sorak kampung Tergadai (Score: 1)
by kadiology on Monday, April 28 @ 19:40:30 MYT
(User Info | Send a Message) http://bnwarriors.net.my 
bubarkan aje negeri kedah, letak jajahan negeri kedah bawah perlis, habeh cerita.