Di petik dari laman KMU tulisan Kunta Kinte

Apabila laman UMNO-reform.com mengambil langkah untuk melagakan Azimi Daim dengan KMU dan cuba menunjukkan kononnya KMU terbabit dalam kemelut pergolakan Pemuda Kedah secara tidak langsung pengarangnya mendedahkan tahap kebijaksanaan beliau sendiri. Beliau mengatakan "Laman UMNO seperti KMU sudah mula menampakkan tekanan terhadap Azimi Daim." Beliau membuat kesimpulan ini dengan meletakkan posting pelayar laman ini di cerita utama dan membelakangkan tulisan pengarang laman ini sendiri.

Bolehkah laman ini dikatakan menekan Azimi dan menyokong Kadir dengan tulisan pengarang yang sebegini, "Pada hemat pengarang kedua-dua belah pihak ada kekurangan dan kelebihan. Sudah tentu kalau Azimi diberi peluang menjawat jawatan beliau pun akan menyumbang sesuatu. Pengarang pernah melihat kemampuan Azimi berkempen dan berpendapat beliau juga ada kelebihan. Adalah lebih baik kita bermaaf-maafan dan bersatu dari berpecah belah tanpa tujuan. Yang penting kedua-dua mereka sanggup memperbaiki kelemahan kerana kelemahan yang dihuraikan dalam artikel sebelum ini boleh merosakkan UMNO Bahagian Kulim/Bandar Bharu." atau apakah artikel penulis yang bertajuk
Kulim/Bandar Bharu: Jangan Menang Sorak kampung Tergadai
boleh dianggap menekan Azimi dan menyokong Datuk Kadir?

Shame on You Rais Yassin.


Yang Rais Yassin lupa ialah laman beliau pernah suatu ketika awal kelahiran laman tersebut mengagung-agungkan Azimi dan Aziz Sheikh Fadzir dan menghentam Datuk Hisham. Kemudiannya bila dikatakan laman tersebut ditaja oleh Aziz dan Azimi mereka cepat menukar senario dengan membuang gambar kedua-dua tokoh tersebut dan mula menghentam kedua-dua tokoh ini.

Yang memuji melangit dan menghentam macam hendak melingkupkan orang ialah UMNO-Reform. Kalau pengarang beliau tidak ada cermin untuk melihat diri sendiri, masuklah ke tandas mana-mana untuk melihat ke dalam cermin.

Lupakah UMNO-Reform bagaimana ia menghentam Azimi selama berbulan-bulan dengan membuat counter mengenai bila Azimi akan melaksanakan janji beliau menubuhkan Biro Pengaduan Pemuda?

Jadi soal siapa yang menjatuhkan sesiapa dan siapa yang menaikkan pemimpin lain adalah kerja UMNO-Reform bukannya kerja KMU. Agaknya UMNO-Reform ingin membina semula jambatan antara mereka dengan Azimi? Baguslah.