THE ECONOMIST, dalangnya kepimpinan
UMNO?
Rais Yassin
03-05-2003
Majalah The Economist yang memaparkan beberapa siri kritikan hebat ke atas Perdana Menteri Malaysia dikatakan didalangi oleh kepimpinan UMNO sendiri. Menurut pembangkang dalam laman pemuda keadilan terdapat kaitan antara orang kanan Abdullah Badawi dengan Majalah Economist tersebut.
Sebelum ini laporan GT Puteri UMNO mengatakan bahawa rencana Economist itu hanya menunjukkan lobi antarabangsa oleh kepimpinan keadilan untuk memburuk-burukkan Perdana Menteri Malaysia dan Malaysia secara keseluruhan belum tamat.
Mereka mengatakan bahawa penulisan itu adalah penulisan atau input dari Ketua Penerangan Keadilan "En Khalid Jaafar" namun isu ini di sangkal oleh Laman Web Pemuda Keadilan dengan menamakan orang kuat Pak Lah sebagai orang yang bertanggung jawab terhadap artikel tersebut.
Dimaklumkan kepada kami bahawa menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin adalah orang yang bertanggung jawab memburuk - buruk Dr Mahathir dalam rencara tersebut. Khairy dikatakan pernah berkerja dengan Economist dan mempunyai kaitan secara langsung dengan Majalah Economist diberitakan membuat demikian bagi mendesak Mahathir untuk melepaskan jawatannya pada bulan Oktober akan datang.
Sumber-sumber yang mengatakan bahawa Pak Lah sedang mempunyai pergeseran dengan Dr Mahahtir semakin memuncak dan usaha ini adalah untuk memberi "signal" kepada Mahathir untuk melepaskan jawatannya pada bulan Oktober ini.
Apa pun dalam senario UMNO semakin hangat di perbincangkan Pak Lah dikatakan berusaha untuk memastikan Dr Mahathir meletak jawatan dan memastikan jawatan Perdana Menteri itu sampai ketangannya.