userid = umno-reform
name = Karim
where = karamsink@hotmail.com
Tuan, kekecewaan orang melayu terhadap UMNO masih lagi belum terubat sehingga
sekarang. Mereka amat kecewa. Ini dapat dibuktikan dalam beberapa program
anjuran UMNO, dimana mereka tak mahu datang menghadiri/meyokong. Manakala dalam
parti UMNO sendiri dikhabarkan bahawa dalam perhimpunan Agung Cawangan UMNO
diseluruh negara baru-baru ini, ramai ahli UMNO sendiri tak hadir mesyuarat
bermakna dalam UMNO sendiri berpecah-pecah dan kurang yakin dengan perjuangan
UMNO, khabarnya juga banyak korum mesyuarat tak mencukupi, tapi mesyuarat
diteruskan juga dan disahkan oleh wakil Bahagian UMNO.
So, soalnya kenapa terjadi kekecewaan orang melayu tidak menyokong UMNO dan perpecahan dalam UMNO sendiri berlaku? Kalau dulu parti UMNO satu parti yang seronok dan enjoy untuk disertai. Pada pendapat saya mungkin diantaranya sebabnya ialah orang melayu telah kecewa dengan tindakan UMNO pecat DSAI atau mungkin kata Sdra DSAI telah membuka semua "tembelang UMNO" membuatkan orang melayu bertindak sedemikian. Realitinya sekarang orang melayu tak yakin lagi dengan UMNO, Persoalannya apakah tindakan untuk meyakinkan orang melayu supaya menyokong UMNO semula.
Diantara caranya ialah "LEPASKAN DSAI DRPD PENJARA" kerana saya fikir jika DSAI masih lagi terkurung di penjara, maka kekecewaan orang melayu masih tidak terubat. Kesannya nanti saya bimbang dalam pilihan raya akan datang orang melayu akan berpihak kepada pembangkang dan mungkin juga beberapa negeri akan jatuh ketangan pembangkang.
So, Soal kekecewan dan tidak menyokong UMNO ini perlu di perbetulkan dahulu, bila ini telah diperbetulkan, barulah pemimpin UMNO boleh buat program mesra rakyat dsbnya bagi memujuk orang orang melayu. JIka UMNO buat program menabur wang untuk mendapat sokongan rakyat tapi jiwa rakyat masih kecewa, selagi itulah sokongan tersebut tak akan berjaya dihayati disanubari masyarakat orang melayu, mereka akan datang hanya ikut perintah seperti terjadi di Stadium Bukit Jalil dalam program sejuta keamanan dulu tapi penghayatan kepada program tersebut kosong. So, Sama-sama kita fikirkan.
Sekian pendapat saya.