Johari
Haji Zainol
aimissyu@cari.net.my
surat = Salam sejahtera UMNO-REFORM.com,
Sudah jadi resmi lidah manusia yang tak bertulang, adakalanya lembut, adakalanya lunak, adakalanya lurus dan adakalanya lucah adakalanya lantang, lintang dan pukang. Kerana lidah juga janji Allah jadi jenaka, bisikan iblis jadi fatwa.
UMNO Reform, ibarat anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh, anjing pula dianggap bodoh. Itulah tanggapan orang UMNO sembrono yang tak pernah mahu gunakan akal bila berfikir, malu pula untuk bersuara, takut sangat nanti mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak lalu bila nama jadi busuk. Busuk bukannya kerana apa, busuk sebab tegur boss sebab boss dah nyanyuk, taik unta dikatanya gula-gula Sugus.
UMNO-REFORM.com sebenarnya membuka peluang kepada minda kita untuk berfikir seperti manusia yang "bertelur", bukan macam hantu raya yang saban hari kena dijamu telur, kerja tak seberapa tidur mampus berdengkur. Di sini, di laman UMNO REFORM.com ini apa yang saya lihat, saudara Ghazali Mat Dom bukanlah seorang yang tidak berprinsip sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pengikut situs ini. Ghazali Mat Dom bagi saya ibarat besi tetulang yang tersembunyi di dalam tembok konkrit.
Fungsinya besar, namun kelibatnya samar. Saya pasti, Dato Seri Perdana Menteri kita turut memantau situs seunik ini. Jika beliau bernasib baik, beliau berkemungkinan akan menemui sesuatu yang dicarinya di sini, dengan syarat, rajin-rajinlah mengopek isi.
Di sini, manusia bercakap jauh dari realiti dunia seorang Perdana Menteri, manusia di sini bercakap ibarat merekalah Tuhan yang memerhati, ibarat malaikat maut menanti waktu untuk menghukum si menteri. Perlu dinafikan, semua perkara yang tergambar di sini, masih belum jadi kenyataan di luar sana, namun setiap bait perkataan yang tertaip di sini, telah menjadi kenyataan di alam maya, cuma menanti masa untuk dikabulkan doa dan diletak di mana titik noktahnya.
Salam Perkenalan. Johari Haji Zainol Permatang Pauh, Pulau Pinang Darul Sampah