Soalan
Mohamed Farid Ismail
Umno Johor
08-04-2003
Saya minta En Ghazali Mat Dom mengulas kiriman nikazizhinaallah@yahoo.com Apakah yang dipaparkan di dada umno-reform.com itu pendapat umum ahli Umno?
TIDAK, itu bukan pendapat ahli UMNO secara umum dan bagi saya ianya juga bukan pendapat ahli Umno yang matang dan berfikiran terbuka.
Sebenarnya penulis email tersebut jelas kelihatan provokatif dan bersikap terlampau emosional.
Ahli UMNO perlu ingat, tuduhan meliwat dan rasuah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah diakui secara peribadi oleh mana-mana kepimpinan parti. Menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim rendah moralnya juga tidak disebut oleh kepimpinan lain selain dari Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed.
Kalau di tanya kepada mereka, ambil contoh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Najib Tun Abdul Razak mereka akan hanya jawap bahawa itu adalah keputusan mahkamah dan mereka secara peribadi tidak berkeyakinan mengenai isu tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehingga kini kita belum mendengar Dato Seri Abdullah Badawi dan Datuk Najib Tun Razak serta beberapa kepimpinan lain mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah. Mereka tidak dengan terbuka mengatakan bahawa mereka yakin mengenai tuduhan tersebut.
Bagi saya Datuk Seri Ahmad Badawi TIDAK akan secara terbuka mengatkaan abhawa beliau yakin BAHAWA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM ADALAH SEORANG PELIWAT DAN RENDAH MORALNYA.
Malangnya penulis email nikazizhinaallah@yahoo.com sering menulis mengenai al-juburi dan sebagainya sedangkan beliau sendiri tahu bahawa kepimpinan UMNO sendiri tidak mempercayai tuduhan tersebut.
Apa yang mereka mampu lakukan ialah bertanyakan hal ini kepada ketua-ketua mereka dan saya percaya mereka sendiri akan cuba berdalih dalam menjawap isu ini.
Ghazali Mat Dom