33 iklan ceti haram di Harian Metro
Ghazali Mat Dom
10-04-2003


Harian Metro Selasa 8hb April 2003 memaparkan hampir 33 iklan pinjaman wang. Ada antara mereka yang mendakwa mempunyai lesen meminjam namun cara dan teknik periklanan mereka yang hampir serupa menampakkan ianya hanyalah skim pinjaman ceti haram.

Setiap iklan akan memaparkan talian masing-masing dan memberi insentif pinjaman mudah tanpa penjamin. Sektor pinjaman ceti - ceti haram ini semakin hari semakin berkembang. 

Apakah sebenarnya kerajaan atau jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam hal ini hanya menutup sebelah mata mengenai kehadiran ceti - ceti haram yang semakin lama semakin berkembang luas.

Sungguhpun ada antara pembaca yang mengatakan bahawa umno-reform.com asyik menjerit tanpa mendapat sebarang perhatian namun bagi kami ianya akan terus kami lakukan. 

Akhir sekali kami akan menilai betapa prihatin nya kerajaan dalam menangani isu rakyat.

Ghazali Mat Dom