Keputusan ikat jamin Anwar Ibrahim, Keadilan meletakkan harapan tipis
Rais Yassin
07-06-2003

Tidak ada harapan selagi Dr Mahathir masih Perdana Menteri Malaysia, menurut Parti Keadilan Nasional dalam membicarakan isu ikat jamin Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut mereka perlakuan dan cara pengendalian hakim yang bersidang tempoh hari cukup untuk mengatakan bahawa Anwar Ibrahim BUKAN menghadiri perbicaraan mengenai kes liwat tetapi ini adalah isu politik dan Anwar Ibrahim harus terus di penjara kerana menggugat kepentingan beberapa pemimpinan UMNO khususnya Dr Mahathir.

Keadilan terus menerus melabelkan perbicaraan tersebut sebagai pelengkap konspirasi Dr Mahathir dan UMNO. Mereka juga telah mengatakan bukan sahaja parti politik yang sedar dan nampak jelas kepincangan mahkamah, perkara ini turut di akui oleh Pengerusi SUHAKAM.

Komen mengenai perjalanan mahkamah ini turut di beri oleh Majlis Peguam Malaysia dan beberapa kritikan dari media antarabangsa. Menurut seorang Ketua Bahagian Keadilan (tidak mahu namanya di sebut), beliau hairan kenapa ahli-ahli UMNO mahu terus menyokong UMNO sedangkan mereka tahu perlakuan buruk beberapa kepimpinan mereka. Setidak-tidaknya ahli UMNO sendiri harus menolak kepimpinan yang nyata rasuah dan menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi beliau.