UMNO tidak akan berjaya mengambil alih Kelantan- kata bekas
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

ulasan petikan dari siasahonline.com oleh Rais Yassin

Kepercayaan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ibrahim Ali mengenai kegagalan UMNO Kelantan untuk menawan semula Kelantan menjadi satu topik hangat di Kelantan. Menurut laporan siasahonline, Ibrahim Ali mendakwa bahawa kepimpinan baru UMNO Kelantan pasti gagal untuk merebut semula Kelantan dari PAS. Mengakui kehebatan corak dan cara Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz, Ibrahim Ali seolah-olah berkata, harapan UMNO untuk tumbuh semula di Kelantan ada namun menerajui Kelantan nyata tidak.

Apa pun banyak yang mengatakan bahawa kenyataan Ibrahim Ali tersebut adalah kekecewaan beliau kerana terus dipinggirkan di Kelantan namun justifikasi beliau ada kebenarannya;

Beliau memberi contoh bahawa dalam pilihanraya umum 1978 PAS tumbang kerana isu Menteri Besar Datuk Muhammad Nasir, PAS rampas Kelantan pada 1990 kerana isu Tengku Razaleigh dan mengekalkan kuasa pada 1999 kerana isu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru itu apakah harapan UMNO untuk subur di Kelantan hampir tidak ada? Apakah dengan perubahan UMNO di Kelantan tidak cukup kuat untuk menawan Kelantan. Apakah dengan kekuatan kepimpinan baru dari segi khususnya kemantapan kewangan mereka mampu menawan Kelantan?

Dan Ibrahim Ali berkata TIDAK MUNGKIN!