Soalan dari En Karim di jawab oleh Ghazali Mat Dom

Bagaimana mahu disatukan UMNO semula?
pendapat oleh Karim 31-03-2003
karamsink@hotmail.com

kata En Karim - bebaskan Anwar dan beri dia satu tempat dalam Institusi Kerajaan maka bersatulah UMNO semula


Assalamualaikum En Karim,

Melihat soalan dan cadangan jawapan dari saudara, maka saya terpanggil untuk memberi sedikit pendapat bagi cadangan sdr tersebut. Sebenarnya saya tidak yakin bahawa dengan pembebasan Anwar sahaja maka UMNO boleh di satukan. Keadaan politik sekarang sudah berubah dan desakan pembaharuan dan desakan perubahan mula kedengaran. Dalam UMNO sendiri, yang masih berdiri berlencanakan UMNO sudah menyuarakan beberapa ketidak puasan mereka terhadap beberapa keputusan dan lenggok UMNO dan beberapa perubahan yang perlu dibuat segera. Sebenarnya keadaan ribut dalam UMNO berlaku apabila pendedahan dibuat oleh Anwar dan pendedahan ini dibuat dengan terang olehnya. Sungguhpun banyak persoalan terbit mengenai pendedahannya, seperti mengapa bila atau sudah jatuh baru bersuara dan sebagainya, namun sesuatu yang pasti ialah pendedahannya relevan dan golongan cerdik pandai khususnya yang tidak berpolitik nampak kebenaran sesetengah pendedahannya. Jesteru itu saya menyarankan setiap pendedahan yang mempunyai kesahihan bukti harus disiasat dengan cepat dan betul.

Bagi saya penyatuan UMNO pasti tercapai jika UMNO sendiri melakukan tindakan berani untuk mengubah dan berubah kerana persepsi segolongan masyarakat sudah mula meragui UMNO. Persepsi ini mungkin hadir dari sentimen pembangkang tetapi ianya jelas mengugat UMNO dalam era politik yang begitu mencabar. Saya berkeyakinan penuh andai UMNO memulakan langkah untuk membersih diri dan mula mengambil beberapa sikap yang lebih proaktif maka sokongan golongan yang berpolitik akan kembali kepada UMNO. Saya juga berkeyakinan andai ahli sendiri memilih pemimpin atas kebolehan dan komitmen mereka kepada rakyat maka UMNO sendiri akan bangkit menjadi parti ulung. Semuanya ditangan kita dalam UMNO.

Ghazali Mat Dom