Jawapan kepada Artikel Bersalahkah Datuk Seri Anwar tulisan Ghazali Mat Dom oleh editor GTPuteri
artikel Ghazali Mat Dom mengenai Salahkah Datuk Seri Anwar Ibrahim - klik sini
Terlebih dahulu saya ingin memanjangkan salam saya kepada Ghazali dan juga pembaca UmnoReform serta tidak ketinggalan kepada pembaca GTPuteri.
Saya menghormati pendirian dan juga stand Sdr Gahzali Mat Dom yang tidak akan menuduh , DSAI adalah seorang peliwat. Itu adalah hak En Ghazali . Namun saya rasakan beberapa baris tulisan Sdr Ghazali mengenai peguam Anwar yang telah menimbulkan keraguan itu , mungkin tidak tepat.
Di dalam perundangan, ianya mempunyai komponen-komponen teknikal nya sendiri yang di fahami oleh pengamal undang-undang. Ini hanya di fahami oleh pengamal undang-undang. Sekiranya penguam DSAI merasakan perjalanan dan juga proses undang-undang yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa tidak benar dan adil, seharus mereka menekan untuk membantah keputusan makahmah.
Ini tidak terjadi.Apa yang terjadi kini adalah permohonan ikat jamin dan juga rayuan.Bantahan dan rayuan adalah sesuatu yang jauh berbeza.
Menyentuh apa yang dikatakan oleh sdr Gahazali di para ini yang berbunyi.
Bagi saya andai beliau melakukannya maka dosa itu adalah antara Anwar Ibrahim dengan Allah kerana kita gagal membuktikan secara khusus dan tepat baik dari segi perundangan yang ada mahupun perundangan syariah. Andai di minta juga mengulas mengenai pandangan peribadi, saya katakan bahawa saya tidak percaya akan tuduhan tersebut.
Sdr Ghazali harus menerima hakikat, ada banyak kes-kes yang adakala di jatuhkan hukuman hanya dengan sekadar ada bukti yang mengatakan bahawa perkara itu di buat oleh sipolan-polan , walaupun buktri-buktinya kurang tepat , tetapi tidak menimbulkan keraguaan bahawa sipolan lah yang melakukannya.
Sememang sukar untuk membuktikan secara terperinci didalam kes-kes yang melibatkan perbuatan yang sulit ini .Kita perlukan 4 saksi dan segala yang terperinci.
Jika kita renungkan kembali, jika seseorang ingin melakukan hubungan jenis, mereka tidak akan mengajak orang ramai atau teman rapat untuk menyaksikannya , malahan jika boleh mereka akan merahsiakan lagi.Mungkin yang mahu melakukan adengan untuk di rakamkan sahaja akan melakukan di depan orang yang kedua dan ketiga.
Benar kata Sdr Ghazali , bahawa apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan di tanggung oleh beliau sendiri segala dosa-dosanya. Tetapi DSAI adalah pemimpin yang bakal menjadi pemimpin No 1 pada masa itu. Keperibadian beliau juga akan mencerminkan keperibadian bangsa. Mahukah kita mempuyai seorang pemimpin yang dikatyakan suka meliwat.
Saya akan menulis mengenai pengakuan Azwan Ali mengenai kes kakak ipar beliau di goda dalam masa terdekat ini. "Apakah kakak saya (Umi Hafilda) sanggup mencemarkan nama keluarga hanya kerana wang. kami bukan tamak wang dan kami ada cara tersendiri mencari wang dan bukan dengan mengadaikan maruah keluarga. Jika tidak kerana kebenaran , kami tidak akan dedahkan. Sebab kami sayangkan abang kami."