Siasatan
Rasuah MB Selangor bermula
Rais Yassin
03-05-2003
Teng Chang Khim, Bandar Klang telah di panggil oleh Bandar Pencegah Rasuah untuk siasatan bagi dakwaan rasuah Menteri Besar Selangor Dato Dr Khir Toyo. Ahli DAP tersebut di panggil kerana laporan 5 dalil "Kenapa Khir kena letak jawatan" juga merujuk kepada isu pemberian tanah Menteri Besar Selangor kepada rakan dan kroni beliau. Datuk Khir Toyo di laporkan memberi tanah sebagai anugerah kepada beberapa orang pegawai kerajaan, pemandu beliau, pengawal peribadi dan kepada seorang pelajar berumur 21 tahun.
Pengagihan tanah ini dikatakan di lakukan tanpa pengisytiharan kepentingan mereka yang terlibat dan dikatakan tidak menepati ciri-ciri pembahagian. Sebelum ini terdapat beberapa laporan polis yang di buat atas isu rasuah oleh Ahmad Lufti terhadap Datuk Dr Khir Toyo.
Di laporkan oleh Malaysia Kini bahawa Teng telah di panggil oleh BPR malam semalam untuk di ambil laporan mengenai isu salah laku Datuk Khir Toyo. BPR seolah - olah tidak sabar untuk mengambil keterangan beliau, kata beliau.
Datuk Khir Toyo yang sebelum ini di harapkan mewakili generasi kepimpinan muda kini tercemar atas isu pemberian tanah dan perlakuan rausah yang telah di laporkan kepada BPR.
Senarai 5 dalil tersebut terpapar di kebanyakkan laman web dan tersiar dalam umno-reform.com.
Apakah akan ada suatu tindakan rasuah terhadap Khir Toyo?