BEBASKAN TAHANAN ISA REFORMASI
Ghazali Mat Dom
11-04-2003
BEBASKAN TAHANAN ISA REFORMASI
Ghazali Mat Dom
11-04-2003
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia atau SUHAKAM mengatakan bahawa mereka tetap dengan pendirian supaya 6 aktivis reformasi yang ditahan atas Akta Keselamatan Dalam Negeri harus di bebaskan menuruti keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah mendapati bahawa penahanan mereka adalah salah.
SUHAKAM menegaskan bahawa usaha mereka juga adalah untuk menentukan bahawa sama ada Akta ISA di pinda bagi menggariskan beberapa matlamat khususnya supaya ianya tidak disalahkan gunakan untuk matlamat tertentu.
Prof. Dato' Mohd. Hamdan Adnan mengatakan bahawa usaha mereka akan diteruskan dan SUHAKAM tetap dengan pendirian bahawa Aktivis Reformasi yang ditahan di bawah Akta ISA harus di bebaskan segera.
Sungguhpun saya percaya banyak pihak yang akan melenting dengan pendirian SUHAKAM namun tidak dapat dinafikan bahawa penahanan mereka dan perjalanan soal siasat polis tidak menggambarkan bahawa mereka berniat untuk menjatuhkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan. Tan Sri Norian Mai dalam banyak kenyataan mengatakan bahawa mereka di tahan atas alasan mereka mahu menggunakan kekerasan militan untuk menggulingkan kerajaan. Namun pada prosiding dan laporan soal siasat polis ianya tidak lain dari soal siasatan politik dan tidak langsung melibatkan Keselamatan Dalam Negeri.
SUHAKAM secara tidak langsung mengkritik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Badawi kerana masih menahan mereka atas peruntukan yang di benarkan oleh Akta ISA tetapi berlandaskan pada justifikasi yang rapuh.
Datuk Abdullah Ahamd Badawi seharusnya membebaskan tahanan tersebut kerana Mahkamah sendiri telah mensyaratkan bahawa penahanan mereka adalah tidak sah.
Pada pandangan saya impak dari laporan SUHAKAM amat perlu bukan sahaja diteliti tetapi diambil tindakan segera terhadap saranan mereka. Menteri Dalam Negeri setakat ini harus di persalahkan atas kelembapan mengambil tindakan MEMBEBASKAN tahanan tersebut kerana kelewatan beliau hanya melengahkan keadilan dan terus mencemar nama kerajaan memerintah.
Ghazali Mat Dom