“Review Board ISA” telah mencadangkan agar tahanan reformis ISA di bebaskan
Rais Yassin
13-05-2003

Menurut Malaysiakini, pada Disember tahun sudah Lembaga Penasihat dan Penilai bagi tahanan Isa telah menasihatkan/mengusulkan agar tahanan ISA ke atas  aktivis reformasi tersebut di tamatkan. Usul ini akan baru kita dengar sungguhpun mengikut Malaysiakini ianya telah di usulkan pada bulan Disember tahun sudah.

Menurut Malaysiakini apabila Kementerian di tanya mengenai isu ini, Kementerian hanya memaklumkan bahawa mereka mempunyai sebab untuk meneruskan penahanan terhadap aktivis reformasi. Mereka tidak perlu mengikuti nasihat Lembaga Penasihat tersebut.

Mengulas perkara ini UMNO-REFORM.COM berpendapat, dengan hanya mengatakan bahawa Kementerian mempunyai banyak sebab untuk terus menahan mereka di bawah ISA tidak cukup untuk menjadi alasan penahanan berterusan.

Setakat ini Kementerian gagal menuruti nasihat mana – mana badan termasuk Lembaga yang di tubuhkan oleh Kementerian sendiri.

SUHAKAM

Nasihat Suhakam agar tahanan ISA di bebaskan dan pindaan terhadap Akta ISA gagal di terima oleh Kementerian Dalam Negeri ( Datuk Abdullah Hj Ahmad Badawi)

Keputusan Mahkamah

Mahkamah telah memutuskan agar tahanan aktivis reformasi adalah tidak sah dan polis berniat jahat dalam penahanan tersebut dan menyarankan agar tahanan itu di bebaskan juga tidak di layan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Nasihat Datuk Rais Yatim ( Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Menasihatkan polis lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas dan kerajaan menuruti dan menerima keputusan Mahkamah juga tidak di hiraukan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Saya paparkan semua di sini adalah untuk evaluasi orang – orang UMNO. Kita akan menjadi ahli yang lebih rasional dan lebih matang andai kita kaji insiden – insiden ini dan menilai siapa yang sepatutnya memimpin kita. Kita harus bangkit memikirkan nasib kita andai kita mahu melangkah ke zaman kegemilangan Melayu UMNO. Bangsa kita telah di desak agar lebih berwibawa, jangan mudah lupa, bangkit bersaing namun kita tidak di galakkan untuk berfikir mengenai isu-isu sebegini. Isu ini tidak wujud dalam media tempatan. Namun harapan saya adalah supaya Lembaga Penasihat Tahanan ISA dapat memberi kenyataan formal mengenai usul mereka. Kita tidak mahu mendengar hanya dari MalaysiaKini.