GAGALKAH BLACK 14 tajaan para penyokong reformasi?
Saiful Idham
16-04-2003
Gagalkah Black 14? Menurut beberapa komen laman-laman UMNO, Black 14 tajaan penyokong reformasi gagal dalam mencapai matlamatnya. Dikatakan bahawa reformasi sudah mati dan tidak lagi mampu memberi tentangan terhadap UMNO. Benarkah? Mungkinkah sekarang UMNO lebih selesa kerana reformasi sudah mati? Apakah UMNO sekarang sudah selesa?
Mungkin dikalangan penulis-penulis laman-laman web cuba menjalankan perang sarafnya mengenai isu ini. Namun para kepimpinan UMNO nampaknya masih terus berusaha untuk menutup sebarang berita reformasi yang dikatakan sudah mati. Polis juga masih terus berusaha untuk TIDAK MEMBERI PERMIT PERHIMPUNAN atas alasan ketakutan kekecohan yang bakal berlaku? Apakah ini semua lambang reformasi atau gerakan reformasi penyokong Anwar Ibrahim sudah mati? Apakah ini menunjukkan bahawa perhimpunan yang akan dianjurkan oleh mereka tidak akan mendapat sambutan atau kita masih runsing melihat gerakan ini sungguhpun perlahan tetapi tidak mati - mati lagi?
Secara peribadi saya katakan UMNO mesti berusaha lebih keras lagi memenangi hati rakyat. Kita harus berusaha melihat isu-isu yang mampu menambat hati rakyat untuk terus melantik UMNO sebagai wadah kepimpinan mereka. Jangan tersasar jauh dengan mementingkan kepimpinan melebihi kepentingan rakyat. Jangan ambil mudah dengan sogokkan wang kerana sogokkan wang mempunyai impak yang seketika ibarat ketagihan dadah, yang pasti memerlukan lagi dan lagi.
Pendapat saya mudah perhimpunan Black 14 mereka menunjukkan mereka masih ada dan mereka masih berkerja kuat dengan strategi-strategi baru untuk terus menawan hati rakyat.
Sementara kita..........., strategi lama yang pernah dipakai mereka....
Saiful Idham