Khir tidak senang hati persoalan pemberian tanah, kenapa?
Rais Yassin
06-05-2003

Kenyataan Awang Selamat sebenarnya memberi beberapa indikasi untuk Khir Toyo. Apa sebenarnya indikasi beliau? Yang paling ketara ialah 

"kalau Datuk Khir Toyo telah bertindak dengan cermat, telus dan tanpa pilih kasih maka tidak ada apa yang hendak di risaukan tetapi jika tidak di jaga, tentulah akan ada masalah"

Maka sekarang apa masalahnya Dato Khir Toyo, ada masalah ke atau tidak? Namun sekiranya kita lihat senarai pembahagian tanah tersebut maka sedikit sebanyak kita akan dapat bahawa ianya di laksanakan dengan tidakk berhati-hati. Mungkin kerana itulah maka sebok arahan untuk menyiasat bagaimana senarai pemberian tanah itu di perolehi oleh pembangkang menjadi persoalan utama beliau. 

Siasatan yang akan di buat oleh polis, bagaimana laporan itu di perolehi oleh pembangkang hanya akan menimbulkan beberapa kesangsian kepada rakyat. Apakah pemberian tanah harus di sembunyikan? Jikalau benar,kenapa? Bukankah penerima itu dikatakan telah banyak berbudi kepada negeri dan bangsa, kepada perlu di sorokkan.

Saya percaya Awang Selamt dari Mingguan Malaysia sedang membidas Menteri Besar Selangor secara sinis.  

Oleh: Awang Selamat

DENGAR khabar Menteri Besar Selangor tidak senang hati apabila seorang ahli Dewan Undangan Negeri daripada DAP mempersoalkan pemberian tanah kepada beberapa anggota Exco dan pegawai serta kakitangan kerajaan negeri itu.

Beliau telah bersusah payah membuat penjelasan panjang lebar. Menurutnya, daripada 20,000 permohonan lot yang diluluskan setakat ini, cuma 800 orang kakitangan kerajaan sahaja yang dapat. Awang tidak nampak kenapa Menteri Besar dan Ketua Menteri perlu gusar dengan DAP atau mana-mana parti lain yang membangkitkan soal pemberian tanah ini.

Kerajaan negeri berhak memberi tanah untuk rumah kediaman dan pertanian kepada penduduk negeri termasuk pegawai dan kakitangan awam. Parti Pas tentu lebih mengetahui kerana ia memerintah dua buah negeri.

Pada pandangan Awang, apa yang perlu diberi perhatian cuma satu perkara sahaja - ketelusan. Proses pemberian tanah negeri hendaklah dibuat dengan cermat, telus dan tanpa pilih kasih. Jika ini dijaga, tidak ada apa yang hendak dirisaukan. Jika tidak dijaga, tentulah akan ada masalah.

Yang penting, kerajaan negeri boleh mempertahankan keputusan yang dibuatnya. Jika semuanya telus dan dibuat mengikut peraturan, Menteri-Menteri Besar tidak akan pening kepala.

Kalaupun ada masalah, ia tentang sama ada pemberian itu adil atau tidak - siapa yang patut dapat, siapa yang tidak. Menteri Besar hendaklah boleh menjawab dengan penuh yakin jika timbul pertanyaan kenapa si anu dapat, si anu tidak. Atau, kenapa yang sudah lama menabur bakti tidak dapat, tapi yang baru pula dapat.

Dipetik dari Mingguan Malaysia