BERSALAHKAH DATUK SERI ANWAR?
Ghazali Mat Dom 17-04-2003

Persoalan ini di tanya oleh penulis di Gerbang Tempur Puteri telah diajukan kepada saya beberapa hari lalu adalah Apakah En Ghazali Mat Dom meragui keputusan mahkamah dan apakah En Ghazali Mat Dom tidak percaya bahawa Anwar seorang peliwat?

Soalan di kirim oleh Muhd Hanafi;

Kenapa En Ghazali tidak mahu menjawab soalan dari Gerbang Tempur Puteri samada En Ghazali tidak yakin mengenai keputusan Mahkamah dan apakah En Ghazali tidak percaya Anwar Ibrahim seorang peliwat.

Jawapan saya.

Pertama sekali maaf saya tidak perasan adalah persoalan yang ditujukan kepada saya. Untuk memudahkan saya menjawab sila hantar persoalan melalui borang umno-reform.com atau terus kepada editor1@umno-reform.com

Soalan ini telah saya jawab pada awal pembukaan laman ini semasa saya "personally" menyelia laman ini. Saya tidak akan menjawab dengan lenggok politik tetapi akan menjawab secara jujur dan ikhlas.

1. Saya tidak yakin dengan keputusan mahkamah dalam perbicaraan liwat kerana secara khusus persoalan - persoalan yang telah di timbulkan oleh peguam Anwar sudah cukup untuk menerbitkan keraguan untuk kes itu di teruskan apa lagi untuk memberi keputusan bersalah keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagi saya keraguan yang berjaya di terbitkan oleh peguam Anwar sudah memungkinkan keputusan pembuangan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim. 2. Kedua, percaya atau tidak saya terhadap perbuatan liwat Anwar Ibrahim. Setahun sudah saya telah mengatakan bahawa pertama saya tidak akan menuduh Anwar Ibrahim seorang peliwat, kerana sekira salah tuduhan tersebut maka implikasi padah pasti timbul seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT. Bagi saya andai beliau melakukannya maka dosa itu adalah antara Anwar Ibrahim dengan Allah kerana kita gagal membuktikan secara khusus dan tepat baik dari segi perundangan yang ada mahupun perundangan syariah. Andai di minta juga mengulas mengenai pandangan peribadi, saya katakan bahawa saya tidak percaya akan tuduhan tersebut.

Saya percaya ini akan menyebabkan saya terus di kritik oleh rakan UMNO saya tetapi saya percaya ramai lagi ahli - ahli UMNO yang mempunyai pandangan serupa dengan saya tetapi agak khuatir untuk memaklumkannya.

Ramai pasti akan berkata bahawa saya belot pada UMNO tetapi saya pertahankan disini bahawa saya tetap menyokong UMNO dan akan berada dalam UMNO.

Sebenarnya bagi mereka yang baru melayari laman ini, jawapan ini adalah jawapan yang saya berikan setahun lepas.

Sekian.

Ghazali Mat Dom