SALAH ANWAR KERANA BERANI BERSUARA.
Ali Alditta

Saya tertarik dengan respon si editor UMNO Puteri terhadap jawapan Sdr.Ghazali Mat Dom berkaitan dengan artikelnya BERSALAHKAH DATUK SERI ANWAR? Seperti Sdr.Ghazali,saya bukanlah seorang peguam memadailah didikan saya sekadar lepasan sekolah SAR saja,namun keperihatinan terhadap kes liwat DSAI ini amat menarik hati saya. Saya pernah mendengar penjelasan beberapa menteri UMNO pada 1998 dalam kempen mereka keseluruh negara bagi menerangkan kes liwat DSAI ini dan salah seorang penceramahnya ialah En Ghaffar Baba dan Dr.Mahathir Mohamad.

Pada mulanya fikiran saya kecelaru kerana hanya membaca kes ini dalam akhbar2 kerajaan. Betul atau tidak? Setelah mendengar penerangan beberapa orang Menteri termasuk En.Ghaffar Baba dan Dr.Mahathir Mohamad barulah saya sedar ini semua hanyalah konspirasi untuk menjatuhkan dan mengaibkan DSAI. Apakah tidaknya kesemua menteri2 ini cerita dengan begitu detail seolah2 peristewa itu pernah mereka saksikan dengan mata mereka sendiri.

Dr.Mahathir Mohamad sendiri melawat seantero dunia mencanang keburukan kelakuan DSAI dan dalam setiap perjumpaan sama ada dalam negeri atau di luar negara beliau dengan tegas berkata, Cerita ni saya tahu lama dah, dengan sapa dia melakukannya saya tahu,depa cerita habih kat saya Tapi yang peliknya bila pihak peguam2 DSAI sapina Dr.Mahathir Mohamad ke mahkamah kenapa dia tak mahu pergi mahkamah?,kenapa peguam negara membantah dan hakim menolak? Dr.Mahathir Mohamad kata dia tahu semua cerita. Kalau dah tahu datanglah ke mahkamah dan maklumkan kepada mahkamah,tapi kenapa Dr.Mahathir takut?

Kalau seorang gadis kena rogol,apakah gadis perlu buat supaya perogol ditangkap dan didakwa? Pertama si gadis buat laporan polis mengisahkan peristewa rogol itu,di mana oleh sapa dan bila. Kedua polis lakukan siasatan dan cuba cari dan tangkap perogol tadi berdasarkan maklumat si gadis itu. Ketiga, adakan pemeriksaan doktor bagi memastikan sama ada si gadis itu benar2 dirogol. Ini adalah prosedur yang standard dilakukan sebelum pendakwaan rasmi dibuat.

Dalam kes sodomi DSAI ini,Azizan tidak pernah buat laporan polis tentang dia diliwat. Polis bertindak atas tulisan buku oleh Khalid Jafri,berjudul, 50 dalil kenapa DSAI tidak hars jadi PM serta sepucuk surat yang ditulis oleh Ummi Hafelda. Anih juga pihak polis boleh berbuat demikian. Apa kata,kalau saya tulis sepucuk surat atau buku berjudul,Mahathir Mohamad,perasuah agong abad ke-21 Mahukah pihak polis bertindak atas judul buku atau surat itu? Dan dakwa Dr.Mahathir Mohd. kerana rasuah?

Selain daripada itu kenapa pihak pendakwa dan hakim TIDAK membenarkan Azizan diperiksa oleh doktor sama ada dia benar2 di liwat. Tarikh kejadian peristewa liwat pun tidak pasti dan pendakwa sering mengubah2 tarikh kejadian itu. Seorang hakim yang adil lagi bijaksana bila menghadapi kes seperti di mana tarikh pertuduhan itu diubah2 macam kes ini,dia akan terus mebuangnya saja.

Tetapi apa boleh buat,kes sodomi DSAI ini adalah kes politik,hakimnya adalah yang dipilih, saksinya adalah pelakon2 yang disediakan,pertuduhan dibuat dan pengendalian kes oleh hakim hendaklah mengikut skrip yang tersedia itu mengikut citarasa Dr.Mahathir Mohamad. Sampai kiamat saya tak akan percayanya!!

Misalnya, apabila ditanya kenapa menunggu lima tahun baru membuat tuduhan Anwar telah meliwatnya, jawab Azizan, dia berbuat demikian demi kepentingan agama dan maruah. Namun, sebelum perbicaraan terbabit selesai, Azizan ditangkap dan dijatuh hukuman kerana salahlaku seks. Namun, mahkamah tidak mengambilkira semua itu.

Cubalah si editor Puteri UMNO baca petikan testimoni Azizan seperti yang dicatat oleh Hakim Ariffin Jaka:

Fernando: Saya kemukakan kepada kamu, kerana Dato Seri Anwar tidak membuat apa-apa terhadap kamu, maka kamu terus melawatnya dari tahun 1992 sehingga tahun 1997. Jika tidak, kamu akan menjauhinya.

Azizan: ia, itu benar.

Soalan yang sama diulangi sekali lagi.

Azizan: ia, itu benar, tetapi saya tidak faham perkataan "tidak membuat apa-apa".

Fernando: Dato Seri Anwar tidak meliwat kamu. Itulah sebabnya kamu terus melawat keluarganya dari tahun 1992 sehingga tahun 1997.

Azizan: Saya setuju bahawa beliau tidak meliwat saya. Itulah sebabnya saya terus melawatnya dari tahun 1992 sehingga tahun 1997.

Pendakwa tidak puas dengan jawaban Azizan, lalu ditanya sekali lagi: "Adakah Dato Seri Anwar meliwat kamu setelah September 1992?"

Jawaban Azizan yang jelas dan tidak dapat diragukan ialah: "Selepas September 1992, Dato Seri Anwar tidak pernah meliwat saya sehingga hari ini."

Kepada sesiapapun, tidak usahlah mereka yang terlatih dalam bidang perundangan dan kehakiman pun, testimoni Azizan itu jelas dan tidak dapat diragukan, dan ini sudah lebih daripada mencukupi untuk membatalkan segala hukuman Anwar atas kesalahan meliwat Azizan.

Saya nak komen sikit tentang teguran si editor Puteri UMNO ini; Editor UMNO Puteri :Di dalam perundangan, ianya mempunyai komponen-komponen teknikal nya sendiri yang di fahami oleh pengamal undang-undang. Ini hanya di fahami oleh pengamal undang-undang. Sekiranya penguam DSAI merasakan perjalanan dan juga proses undang-undang yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa tidak benar dan adil, seharus mereka menekan untuk membantah keputusan makahmah.

Betul,bahawa dalam perundangan terlalu banyak perkara2 teknikal tetapi dalam perundangan juga wujud apa yang dikatakan unsur keadilan dan hakim mestilah transparent dan tidak boleh berpegang2 kepada fakta2 teknikal saja bila membuat penghakiman. Bak kata orang that justice is not only done but seen to be done. Perkara ini telah ditegaskan oleh peguam DSAI tetapi sebaliknya hakim telah bertindak berdasarkan kepada skrip yang tersedia,jadi,apa boleh peguam DSAI buat?

Editor UMNO Puteri :Sememang sukar untuk membuktikan secara terperinci didalam kes-kes yang melibatkan perbuatan yang sulit ini .Kita perlukan 4 saksi dan segala yang terperinci.

Aku heran pula si editor Puteri UMNO bercakap pasal 4 orang saksi.Sejak bila kes ini diadili mengikut undang2 Syariah sungguhpun Dr.Mahathir telah mengistiharkan Malaysia negara Islam! Kalau ikut undang2 Syariah dah lama kes ini di sumbat dalam jamban mahkamah!

Editor UMNO Puteri :Tetapi DSAI adalah pemimpin yang bakal menjadi pemimpin No 1 pada masa itu. Keperibadian beliau juga akan mencerminkan keperibadian bangsa. Mahukah kita mempuyai seorang pemimpin yang dikatakan suka meliwat.

Seorang pemimpin itu perlulah bersih. Tuduhan meliwat terhadap DSAI hanya merupakan satu tuduhan saja yang bukti2nya tidak cukup Mahathir,Abdullah,Najib dan ramai menteri2 dan menteri besar UMNO lain terlibat dengan pelbagai kes rasuah,skandal seksdan salahguna kuasa tetapi walaupun sebahagian besar terdapat bukti2 yang cukup kukuh mereka terlepas atas arahan dari atas. Mohd.Md.Taib,bekas MB Selangor yang tertangkap membawa 2 beg berisi 2 juta dolar US ..bersihkah si Mohd.Md.Taib ini?

Bagi saya kes DSAI ini hanyalah rekaan yang dibuat oleh Dr.Mahathir Mohd. dan kuncu2nya bagi menjaminkan Mahathir memerintah dan jadi PM lebih lama. Seyogia di ingatkan si editor Puteri UMNO, semua ahli UMNO adalah pondan dan terlalu takut hendak menegur Dr.Mahathir. Akibatnya,PDRM,hakim,peguam negara dan mahkamah adalah dibawah telunjuk Dr.Mahathir. Ekoran daripada ketakutan ini,umpamanya,orang yang membuat laporan rasuah dipenjarakan sedangkan perasuah terus bermaharajalela.

Salah DSAI ialah kerana dia berani bersuara.

ALI ALLAH DITTA