BALIK KE MUKA UTAMA

 



GERAK - apa kata www.umno-reform.com

Penginstitusian Agenda Parti Keadilan Rakyat Malaysia

Kehadiran pada jemputan sidang akhbar Ezam Mohd Nor pada 12 November 2005 adalah dengan harapan untuk mendengar jawapan balas Ketua Pemuda Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat mengenai isu panas kedudukan beliau dalam PKR yang di beritakan akan tamat dengan menyertai UMNO.

Jawapan beliau - "SETAKAI INI, tidak nampak UMNO akan dapat menerajui agenda reformasi dan agenda reformasi ini telah telah menjadi agenda perjuangan saya yang mengakibatkan saya di penjara" kata beliau dalam menjawab soalan mengenai isu tersebut. Apakah ini satu kenyataan tegas bahawa beliau akan kekal dalam Parti Keadilan Rakyat Malaysia dan tidak akan kembali menyertai UMNO. Hanya masa yang akan menentukan. Namun kita hormati dan kita ambil sebagai nilai dasar bahawa beliau TIDAK AKAN MENYERTAI UMNO.

Apa pun panggilan sidang akhbar yang di buat adalah untuk melancarkan penubuhan GERAK - satu badan NGO yang di definisikan oleh beliau sebagai Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi. Beliau dalam kenyataannya mengatakan bahawa usaha ini adalah usaha individu dan tidak ada hubungkait dengan parti.

Agendanya tidak bercanggah dengan Agenda Parti Keadilan Rakyat Malaysia . Menurut beliau setelah di soal oleh pemberita lain -  GERAK akan bertindak bebas, menjemput semua organisasi dan individu termasuk mereka yang berlainan wadah - seperti UMNO untuk bangkit menentang rasuah dengan memulakan langkah untuk memastikan urus tadbir kerajaan yang bersih serta peningkatan kesedaran mengenai sistem demokrasi yang selama ini di manipulasikan oleh kerajaan memerintah.

Soalan dari kebanyakan pemberitan termasuk saya sekali adalah kecurigaan penubuhan GERAK yang nampak hadir sebagai satu cabang aktiviti Parti Keadilan Rakyat kerana ianya  di pimpin oleh Ketua Pemuda Angkatan Muda PKR sendiri. Ezam dalam jawapannya berkata, bahawa ini adalah gerakan yang di bentuk oleh beliau dalam usaha untuk menyeluruhkan perjuangan beliau sebelum ini mengenai isu rasuah dan demokrasi. Sungguhpun Ezam Mohd Nor berusaha keras untuk menyakinkan bahawa GERAK bukan tertakluk kepada mana - mana wadah politik dan berhasrat menjemput masuk semua organisasi dan individu termasuk mereka dalam UMNO untuk menyertainya tetapi penghujung formulasi itu masih tidak jelas dan nampak bercelaru.

Apakah sipnosis yang boleh di buat mengenai penubuhan GERAK? www.umno-reform.com berpendapat bahawa ini adalah usaha idealistik yang melakukan Pengintitusian Agenda Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Malah bagi kami pengutipan agenda  - agenda parti politik lain mengenai isu Rasuah dan Demokrasi dan menginstitusikan agenda tersebut adalah apa yang sebenarnya dilakukan oleh Ezam dan di terjemahkan dalam hakikat penubuhan GERAK. Semua parti politik dalam Malaysia melahirkan agenda yang serupa - membasmi rasuah - urus tadbir yang baik serta perlandasan pentadbiran mengikuti pengertian demokrasi. 

Ezam Mohd Nor telah mengambil semua idealisma dan agenda perjuangan ini untuk menubuhkan GERAK - satu proses memperjuangkan apa yang di takrif dan dikatakan oleh setiap kepimpinan Malaysia selama ini. Tindakan ini andai mendapat sokongan khususnya dari ahli UMNO mungkin akan menghasilkan kejayaan tetapi persoalan bahawa GERAK di pimpin oleh Ketua Pemuda Keadilan - (pembangkang) maka ianya akan hadir tidak berbeza dari agenda Parti Keadilan Rakyat yang tidak akan dapat menarik perhatian ahli UMNO untuk menyertainya.

Penginstitusian Agenda Parti Keadilan Rakyat Malaysia turut menimbulkan sedikit persoalan - apakah selama ini agenda perjuangan membasmi rasuah dan penegakkan nilai sebenar Demokrasi ini gagal di terajui oleh Parti Keadilan Rakyat dan barisan pembangkang atau kalau tidak gagal pun mungkin interpretasi dan tindakan perjuangan PKR serta wadah pembangkang lain tidak dapat memuaskan agenda perjuangan Ezam sehingga terpaksa membuka NGO lain, yang dikatakan terbit tanpa ikatan dengan Parti Keadilan Rakyat Malaysia?

Namun kita sekali lagi cuba mengambil tindakan Ezam Mohd Nor itu pada nilai dasar yang murni yang saya sanggup memberi tepukan namun asas kaitan dengan Parti Keadilan Rakyat Malaysia tidak nampak terputus selagi topi Ezam Mohd Nor adalah Ketua Pemuda Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat. Mungkin Ezam - mahu cabaran perlepasan jawatan Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan di buat oleh www.umno-reform.com berlandaskan keteguhan perjuangan beliau mengertikan semula demokrasi dan perjuangan membasmi rasuah yang tidak boleh di buat secara menyeluruh melalui wadah politik. Kalau begitu kami cabar - tanggalkan topi kepimpinan tertinggi politik -  hadir sendiri dan gabungkan semua rakyat Malaysia - menentang ketagihan rasuah.   

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762