BALIK KE MUKA UTAMA

 

Perjumpaan www.umno-reform.com dengan Datuk Rahman Bakar , Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia.

Isu sebenarnya bukan tidak boleh di selesaikan. Ini adalah persoalan antara mahu dan tidak mahu sungguhpun jelas peruntukan Akta Kesatuan Sekerja di cemuhi oleh keputusan pegawai yang tidak faham-tidak mahu faham mengenai Kesatuan SeKerja. Saya rujuk sekali lagi kepada nama berikut: MOHD ZUBIR BIN MOHD BASRI selaku Ketua Pengarah yang bertanggungjawab mengenai Kesatuan SeKerja yang tidak melunaskan tanggungjawab beliau dalam menyuburkan kehadiran kesatuan malah nampak jelas berusaha untuk terus menghancurkan kesatuan dengan mengambil keputusan menyebelahi majikan. Isu bermula apabila editor umno-reform.com menghubungi secara SMS meminta Timbalan Menteri hadir pada piket yang dianjurkan oleh Pekerja AmBank bila kesatuan pekerja bagi kakitangan bukan eksekutif Bank peringkat Nasional NUBE di cabar dengan kehadiran kesatuan sekerja dalaman yang di taja oleh Am Bank sendiri. Timbalan Menteri tersebut mengakui bahawa beliau tidak dimaklumkan oleh En Zubirmengenai isu ini. Beliau telah mengajak editor www.umno-reform.com bertemu beliau di Parlimen pada 25hb Oktober 2005 dan pertemuan selanjutnya dengan pegawai beliau Nik Yahya bin Ab.Rahman. Kami seterusnya berjumpa dengan pegawai kanan Kementerian tersebut pada 28hb Oktober 2005. Dalam mempersoalkan mengenai Kesatuan SeKerja telah wujud dakwaan bahawa UMNO adalah kerajaan memerintah yang berusaha keras untuk membasmi Kesatuan sejajar dengan harapan untuk mengadakan satu pasaran buruh yang menindas tetapi menguntungkan pemodal dan kapitalis yang ingin melabur.

En Nik Yahya bin Ab.Rahman, Setiausaha Sulit Kanan Y.B Timbalan Menteri telah merujuk kami kepada pegawai undang - undang Kementerian En Mazlan Bin Yahya untuk mendapatkan penjelasan - kenapa Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Kementerian Sumber Manusia memberi kelulusan menubuhkan kesatuan dalaman sedangkan kesatuan peringkat nasional telah ada. . Pegawai Undang  - Undang tidak mahu memberi komen tetapi mengatakan bahawa pekara ini telah di rujuk oleh DGTU ke jabatan perundangan Kementerian mengenai kelulusan untuk menubuhkan Kesatuan Dalaman Am Bank. Syarat yang telah di tetapkan sekiranya penubuhan mahu diluluskan adalah berasakan faktor berikut : pekerja AmBank tidak ada pertubuhan atau kesatuan yang mewakili mereka dan penubuhan itu tidak bercanggah dengan fungsi kesatuan lain yang bagi kami khususnya kesatuan peringkat nasional yang wujud dalam memperjuangkan hak pekerja.

Kami memaklumkan bahawa pekerja Ambank sendiri mempunyai wakil dalam kesatuan Nasional NUBE dan menjawat jawatan Naib Presiden dan ini memberikan reaksi mengejutkan dari En Mazlan sungguhpun beliau tidak mahu memberi komen selanjutnya.

Apa yang kami dapati adalah DGTU ( Kesatuan Sekerja Kementerian Sumber Manusia )  telah melanggar pra - syarat yang di tetapkan dan telah meluluskan kesatuan dalaman tersebut dalam masa satu bulan permohonan mereka. Ini ganjil kerana ada permohonan kesatuan lain ada yang sehingga hari ini melewati bertahun - tahun masih tidak mendapat sebarang maklum balas dari DGTU dan mereka terpaksa mengambil tindakan mahkamah. Kes Am Bank ini juga telah di rujuk oleh mahkamah dan yang menyedihkan adalah pekerja harus menggunakan wang sendiri ( secara relatif) untuk membiayai kes mereka hanya kerana DGTU gagal melihat perpektif yang serupa mengenai pentingnya penubuhan kesatuan sekerja untuk membela para pekerja dari sebarang bentuk penindasan dari majikan.

Akhirnya tindakan Ketua Pengarah ini hanya memburuk - burukkan kerajaan khususnya Barisan Nasional dan UMNO khasnya - yang kini di cemuh dengan kononnya bertindak melakukan apa yang di sebut "union busting" Kami akan maklumkan kepada Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia bahawa isu Union Busting ini wujud kerana tindakan  - tindakan DGTU yang nampak jelas tidak bergandingan dengan pembentukkan Akta Kesatuan Sekerja dan ini menyukarkan penubuhan kesatuan sekerja bagi bertindak membela nasib pekerja.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia dan ingin memaklumkan kepada beliau bahawa satu bentuk siasatan harus di jalankan keatas Ketua Pengarah (DGTU) dalam tuduhan bahawa tindakan - tindakan beliau merugikan kesatuan sekerja dan tidak bertindak menghormati hak pekerja dalam menubuhkan kesatuan. malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa DGTU - bertindak dan berusaha kuat untuk menghapuskan - kesatuan sekerja.  

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762