![]() |
|
|
Lain pula hari ini, suatu waktu dahulu Harakah pernah menyiarkan kartun yang melampau - menghina Tun Dr Mahathir: Laporan TV3 BULETIN Pagi TV3 pada pagi ini, 19 Jun 2003 yang memberi liputan tentang karikator Zunar mengenai "Masalah SAR - Gara-gara Mahazir! Ekoran dari itu lesen Harakah di desak supaya di gantung ada laporan lain yang menyiarkan kenyataan Ketua Puteri UMNO sewaktu itu, menyaran supaya Bangunan Harakah di bakar. Kenyataan itu turut disokong oleh Dato Hishammuddin Tun Hussein dan ramai lagi kepimpinan UMNO. Dalam satu kenyataan yang sumbernya dari PAS
Sewaktu itu memang semua anggota UMNO bangkit - membantah tindakan Harakah dan isu ini menjadi satu isu utama kami dalam menghentam PAS kerana perbuatan nakal Zunar. Namun hari ini - kita tidak perlu hantar memorandum - kita tidak perlu buat demonstrasi - kita tidak perlu bakar bangunan Serawak Tribune - tidak perlu boikot barangan Denmark - (memang tidak akan kita buat pun) tetapi aneh senario penghinaan ke atas Nabi Muhammad tidak membangkitkan kemarahan sebagaimana kita marah sewaktu Zunar menghina Dr Mahahtir. Mungkin kita lebih dewasa hari ini, tidak perlu marah - marah , tidak perlu menentang secara aggresif dan Zunar boleh melukis kembali gambar - gambar Pak Lah semahunya - tidak akan di ajak oleh Azalina dan disokong oleh Hishammuddin untuk membakar bangunan Harakah. entahlah - Ini isu Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, bukan manusia biasa seperti Tun Mahathir.
|
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|