|
formmail.to: umnoreform
From_Email: zukriaksah@gmail.com
From_Name: Zukri Aksah
Subjek: Comment
Pesanan: Saudara,
Lama juga saya tidak menulis, tetapi hari ini bila membaca
jawapan Wan Indra Putra kepada sahabat saya Saudara Fendy,
tergerak pula untuk saya memberi sedikit pandangan.
Saya tidak tahu apakah kualiti yang ada pada Wan Indra Putra
yang sangat menarik minat Pemuda Umno. Ya... saya tabik
keberaniannya untuk berdebat di sini, tetapi keberanian
yang semberono itu bahaya juga bila kita tiada asas ilmu
yang kukuh, maka yang jadinya semakin banyak kita
berkata-kata semakin terserlah pula akan kebodohan kita.
Wan Indra Putra mungkin ingin menunjukkan kepandaiannya, maka
bahasa tulisannya pun bercampur-campur, antara Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris, tetapi entah apa malangnya,
kebanyakan perkataan Bahasa Inggeris yang digunakannya
disalah eja, seperti perkataan "commont" dan "clear kad."
Lihat pada gayanya, Wan Indra Putralah sebenarnya yang
sedang mencari publisiti murahan, bukan Shamsul Iskandar!
Soal sama ada 6 kotak dokumen rasuah itu wujud atau tidak adalah
subjektif, jika satu dokumen dimasukkan ke dalam satu kotak,
maka cukup dengan enam dokumen untuk memenuhi enam kotak!
Sebenarnya berapa kotak dokumen bukan isunya, isunya sudah
terbukti bahawa pemimpin Umno korup dan rasuah. Laporan
BPR membuktikan Rafidah Aziz rasuah, laporan BPR
membuktikan Rahim Thamby Chik rasuah, laporan Dato' Fawzi Abd
Rahman membuktikan Tun Khalil Yaakob korup, laporan SGM
dalam kes konsesi balak di Pahang membuktikan Umno Pahang
korup, tetapi yelah... kerana Umno yang berkuasa, sukar
untuk kita melihat kes-kes ini dibicarakan di mahkamah.
Soal menuduh orang lain akan sama korup dan rasuah jika
mendapat kuasa memerintah, itu adalah fitnah besar dari Wan
Indra putra dan sangat berniat jahat. Saya tidak meminta
Wan Indra Putra membawa kes-kes mahkamah, tetapi cukuplah
jika ada laporan-laporan BPR seperti kes Rafidah Aziz dan
Rahim Thamby Chik bagi menyokong dakwaan beliau kononnya
Anwar Ibrahim itu juga korup, pemimpin-pemimpin PAS itu juga
korup. Jika tidak ada berhentilah bercakap, kasihan, dah semakin
bodoh saya nampak... lagipun kalau mengikut hukum Hudud,
memfitnah orang tanpa dapat membuktikannya boleh dihukum
dengan 80 sebatan, sakit tuuu...
Saya rasa sampai di sini sahajalah, dah panjang sangat dah.
Wassalam.
Mohd Zukri Aksah, MBA
Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia
|