BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


formmail.to: umnoreform

From_Email: abca@yahoo.com

From_Name: Zufikar

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Menjawab artikel Pencinta Bahasa dan Bangsa

Tuan,

Sungguhpun nampak kesedaran keperluan bangsa kita bangkit namun apa yang saya lihat ialah tuan masih gagal melihat senario besar yang menghalang baik bahasa ataupun bangsa kita untuk terus maju. Dominasi utama terhadap bangsa kita kita ialah kepimpinan Melayu. Namun yang menjadi halangan kita adalah Melayu itu sendiri, bukan Cina bukan India tetapi Melayu. Apakah mempersoalkan jati diri kepimpinan Melayu itu sudah cukup untuk memberi kesedaran kepada mereka.

Bagi saya kita agak bernasib baik ada ruangan dalam internet untuk kita meluahkan kegusaran kita mengenai penindasan terhadap Melayu oleh bangsawan Melayu sendiri. Terima Kasih umno-reform.

Berbalik kepada isu yang tuan bangkitkan ialah masalah kita - kita masih mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan yang terlibat menjahanamkan bangsa kita, budaya kita dan bahasa kita. Kita gagal melihat secara keseluruhan dan kita gagal membersihkan virus - virus tersebut.

Kita melihat pada satu isu tetapi kita lupa bahawa apa yang berlaku kepada Melayu sekarang adalah hasil perbuatan kepimpinan yang lupa tanggungjawab dan Melayu sendiri gagal disedarkan mengenai perkara ini.

Apakah tuan percaya bahawa negara ini ada kebebasan bersuara. Seperti kata kawan saya, memang kita ada kebebasan bersuara tetapi selepas berusara kita belum tentu bebas. Kita akan dikenakan tindakan , kita akan dikenakan atas Akta Hasutan dan Akta Cetak sekiranya kita bersuara menentang kerajaan dan kepimpinan kerajaan. Kita hanya bebas bersuara untuk mengkritik pembangkang dan memuji pemerintah.

Tuan,

Kita perlu fokus kepada beberapa perkara yang mampu mengejutkan Melayu itu sendiri . Biarkan mereka melatah membidas kepimpinan yang songsang memegang amanah. Kita harus menyedarkan pemerintah bahawa Melayu sedar apa yang berlaku dan Melayu kini adalah antara spesis yang pasti pupus bahasa dan bangsanya. Kita harus mula membakar semangat melayu untuk menentukan kembali tempat bagi orang - orang Melayu.

Tuan,

Keluar dari sekadar bercinta dengan bahasa dan bangsa. Masanya adalah untuk berjuang, bangkit sedarkan Melayu. Kalau kita tidak mampu berkorban tenaga , kita korbankan masa, kalau masa kita tidak empunya , kita korbankan wang dan harta ( sedikit) untuk mereka yang sekarang ini pasrah memperjuangkan agenda bahasa.

Sekian komen saya untuk umno-reform.com

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762