BALIK KE MUKA UTAMA


Kepada MOHD ZUBIR BIN MOHD BASRI Ketua Pengarah Jabatan Kesatuan Sekerja Kementerian Sumber Manusia

Kesatuan Sekerja yang di tubuhkan adalah untuk bertindak menjaga kebajikan pekerja agar mereka tidak di tindas dan disamakan sebagai sumber yang di perdagangkan untuk keuntungan. Mereka buka alat yang hadir untuk memuaskan kerakusan majikan, pemegang saham dan pengarah - pengarah syarikat untuk terus mengaut untung tanpa mengagihkan keuntungan tersebut dengan mereka yang turut memberi sumbangan. 

Namun dalam beberapa segi MOHD ZUBIR BIN MOHD BASRI Ketua Pengarah Jabatan Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia jelas mengambil sikap membelakang persatuan yang mempunyai ratusan ribu ahli yang di klasifikasi sebagai pekerja - aset utama syarikat. www.umno-reform.com tidak mengerti kenapa Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja bertindak sealiran dengan majikan - lebih cenderung kepada mereka yang mahu bukan sahaja memeras malah menindas dan mengambil erti pekerja sebagai alatan memuncak keuntungan dengan meminimumkan kos (mengambil pekerja sebagai hanya kos). Kehadiran beliau seharusnya bertindak sebagai penghubung bicara antara majikan dan pihak kesatuan sekerja dan bukan bertindak menyebelahi majikan yang jelas nampak bertindak untuk menghapuskan kesatuan atau apa yang di sebut sebagai "union busting".

Penafsiran tindakan beliau sebagai beragenda untuk terus menghapuskan - mengecilkan - mengadakan kesatuan yang tunduk kepada majikan adalah salah dan benar - benar memualkan. Beberapa insiden yang berlaku cukup untuk menunjukkan bahawa kehadiran Mohd Zubir Mohd Basri hanya untuk menyulitkan kesatuan - agak kesatuan itu terus merudum dan tidak dapat berfungsi dengan baik - untuk membela nasib pekerja yang teraniaya. Kesatuan Sekerja berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan pekerja - mendapatkan apa yang dilaburkan ( modal tenaga) untuk sama - sama mengecapi pengagihan keuntungan yang setara. Keuntungan syarikat adalah juga keuntungan pekerja dan kerugian syarikat juga mengecilkan perolehan pekerja. Mereka saling perlu memerlukan tetapi mereka bukan hadir untuk hanya di persalahkan apabila syarikat rugi dan apabila keuntungan di raih maka mereka terus dilupakan sebagai penyumbang tetapi hadir sebagai alat yang mempunyai - nilai susut nilai tinggi.

MOHD ZUBIR MOHD BASRI - adalah penyebab Kesatuan Sekerja seperti NUBE (National Union Bank Employees) terpaksa membawa ke mahkamah isu NUBE agar kesatuan sekerja itu tidak di tutup. Kejayaan Kesatuan Sekerja dalam isu NUBE jelas nampak apabila Mahkamah memberi keputusan supaya pilihan raya NUBE diadakan bagi terus menghidupkan kesatuan bagi membela pekerja - pekerja bukan eksekutif Bank. 

Sebenarnya isu ini boleh di selesaikan sekiranya Mohd Zubir Mohd Basri bertindak berusaha untuk terus mencari jalan bagi menghidupkan kesatuan dan bukan berusaha untuk terus mematikan kesatuan. Ini jelas membelakangi usaha untuk membela pekerja malah mahu meletakkan pekerja tersebut di bawah budi bicara majikan. 

Hari ini sekali lagi www.umno-reform.com menerima satu surat yang menunjukkan secara langsung tindakan - tindakan Ketua Pengarah Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, En Zubir untuk membelakangi kesatuan - malah mencabar Akta Kesatuan yang sedia ada berhubung dengan kes AmBank. Tindakan mereka menyokong penubuhan kesatuan dalaman - untuk terus di kongkong kekuatan kesatuan merupakan cubaan yang berani yang mahu melanggar Akta Kesatuan Sekerja - malah berusaha untuk menjadikan satu budaya baru - melemahkan kesatuan padu dengan pembukaan kesatuan dalaman yang mampu di kawal oleh majikan. Tindakan - tindakan ini bagi www.umno-reform.com adalah tindakan jahat yang mempunyai motif "union busting" yang datang dari Kementerian Sumber Manusia ( Jabatan Kesatuan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja). 
Ini akan hanya mengejakan bencana kepada pekerja - pekerja kerana kesatuan yang di genggam di bawah telunjuk majikan akan merugikan pekerja dalam jangka masa panjang. Lebih merugikan dengan kehadiran mereka yang mahu berusaha menutup kesatuan seperti perlakuan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja. 

www.umno-reform.com  menegaskan di sini - kesatuan kuat secara kolektif sahaja yang akan dapat menjayakan perjuangan memartabatkan kaum pekerja - dan usaha yang jelas setakat ini HANYA MAHU MELUMPUHKAN kesatuan yang sedia ada.

www.umno-reform.com  percaya bahawa pekerja adalah aset dan bukan di nilai hanya sebagai kos. Keringat mereka adalah juga sumbangan kepada syarikat dan penegasan perlu di buat agar pekerja tidak di perah dan di jual keringat mereka untuk keuntungan tanpa pengagihan yang adil. 

www.umno-reform.com  juga menyeru kerajaan agar tidak bertindak meletakkan kesatuan sekerja sebagai organisasi anti kerajaan kerana perjuangan mereka mahu memakmurkan pekerja dan ini menjadi landasan untuk kemakmuran ekonomi negara. 

www.umno-reform.com  menyeru agar agensi - agensi pelaburan kerajaan tidak bertindak melabur dalam syarikat - syarikat yang mempunyai trek rekod menindas pekerja. 

Desakan www.umno-reform.com  adalah untuk kerajaan juga melihat trek Ketua Pengarah Jabatan kesatuan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja - MOHD ZUBIR BIN MOHD BASRI agar tindakan beliau tidak menconteng arang kemuka kerajaan yang memerintah sekarang ini. Ubah beliau yang tidak dapat membawa pembaharuan malah berusaha memusnahkan kesatuan sekerja. 

 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762