BALIK KE MUKA UTAMA

Email dari pelayar ( bukan pedapat www.umno-reform.com )


SEJARAH SEBENARNYA BERULANG
From_Email: cerpenis@hotmail.com
From_Name: Dr Zizano


Entah kenapa manusia sering meletak tepi sejarah. Dulu orang Melayu  dilekakan dengan mainan wau, mainan gasing, berlaga ayam, berzapin dan bergambus. Lalu si Inggeris yang terjumpa bijih timah begitu banyak  dalam perut bumi Malaya, telah mengimport pendatang asing dari Negeri China untuk kerja-kerja perlombongan.Di beri alasan konon, orang Melayu malas tidak minat dengan kerja kerja melombong.


Yang peliknya kerja teruk seperti menanam padi, disuruh pula orang Melayu buat, kerana ketika itu padi hanya dapat dikecapi hasilnya, hampir setahun. jadi kerja-kerja bodoh tetapi penting itu disuruh orang Melayu tanam. China datang bertongkang-tongkang, kerana bijih semakin berguni-guni dikorek keluar dari perut bumi Malaya.
 

Setelah orang China bertambah ramai dengan status pendatang asing, mereka mengheret sama beberapa orang pelacur dari China untuk melayani kehendak nafsu orang China. Lalu terjadi perebutan kuasa untuk mencari kawasan perdagangan pelacuran. Kumpulan gangster Ghee Hin dan Hai San merupakan kumpulan samseng pertama wujud di negara kita.
 

Orang Melayu adalah bangsa yang cintakan keamanan, mereka tidak tahu langsung tentang budaya samseng.  Kemudian Ridley pula membawa benih getah ke Malaya lalu hutan-hutan telah digantikan dengan ladang getah. Orang putih tahu dalam beberapa tahun selepas getah itu ditanam, ia perlu ditoreh. sekali lagi Inggeris tidak mahu mengajar orang Melayu, teknik menoreh, lalu diimportnya banduan-banduan dari India untuk melakukan kerja-kerja itu.....setelah duduk di Malaya begitu lama, mereka mula menghentak meja mengatakan mereka juga ada hak untuk mendapatkan kerakyatan kerana mereka juga ada menyumbang dalam ekonomi negara.


Kini semua mereka telah memiliki Mykard. Mereka lupa sejarah, bagaimana mereka yang kebulur di negara asal dan  datang mencari semangkuk bubur dan sepinggan roti canai ...bertukar  menjadi pemegang MyKad yang kepinginkan berbagai kemudahan.


Mereka lupa sejarah, sehingga mahu merogol hak asasi orang Melayu, mereka lupa sejarah sehingga mahu merampas kehormatan Islam.

Mengapa mereka jadi begitu? sehingga berani menghantar memorandum kepada Pak Lah, kerana kita orang-orang Melayu juga. Mana kita ada nasionalis yang benar-benar memperjuangkan hak orang Melayu secara total. mahu harap orang politik?

Minta maaf lah, hari ini depan reporter, depan kamera tv, depan majlis, mereka meraung-raung konon memperjuangkan hak Melayu tapi besok mereka  juga akan duduk semeja dengan keturunan Ghee Hin dan Hai San itu tadi  untuk berunding bagaimana mahu merompak harta dan keistimewaan orang  Melayu atas nama bisnes, atas nama joint-venture....

Keturunan Ghee Hin dan Hai San serta keturunan banduan yang dipaksa  menoreh pokok getah itu tadi tahu pejuang Melayu yang sebenar-benarnya  sudah tidak ada lagi. yang ada hanya PEMUJA WANG Melayu.

 


Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762