BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


formmail.to: umnoreform

From_Email: zarahim99@yahoo.com

From_Name: Jebat2020

Subjek: Request for Proposal

Pesanan: Kenyataan Dato' Nazri Aziz di parlimen semalam benar-benar  sesuatu yang mengecewakan seluruh rakyat Malaysia hari ini. Amat malang  bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai "wakil rakyat" yang langsung tidak  menjiwai aspirasi dan kehendak rakyat sejagat.

Lebih mengecewakan dan mengejutkan apabila beliau mengatakan bahawa  demontrasi yang diadakan kebelakangan ini tidak mempunyai permit.  Persoalan saya dan kebanyakan rakyat ialah; sejak bila kerajaan atau  polis mengeluarkan permit untuk demonstrasi atau bantahan rakyat?

Berikan nama negara di dunia ini yang memberikan atau meyediakan permit untuk sebarang demonstrasi atau bantahan? Walaupun permit dipohon sebelum mengadakan bantahan di jalanan atau dimana-mana, apakah polis  Malaysia yang 'mesra belantan' itu atau kerajaan akan dengan senang hati mengeluarkan permit?

Beliau bercakap seolah-olah hanya mereka yang mempunyai jawatan di dalam  Parlimen atau DUN sahaja yang boleh bersuara di negara yang a-la demokrasi ini. Rakyat biasa tambahan pula yang miskin, tiada kuasa, tiada wang, harta benda dan tiada peluang untuk menzahirkan kekecewaan dan bantahan mereka tidak dibenarkan langsung untuk bersuara.

Ada pula sesetengah "penyokong kerajaan" yang dengan celuparnya mengatakan bahawa terdapat banyak saluran yang boleh digunakan selain dari berdemonstrasi. Saya nak tanya, apa saluran tu? bagitau la.

Kalau semua demo atau bantahan yang telah diadakan tidak pernah langsung disiarkan dalam tv mahupun media cetak, apa lagi saluran yang ada?

Mengadu kepada wakil rakyat masing-masing? Sudahlah...wakil rakyat mana nak dengar keluhan kami???

Demonstrasi jalanan diadakan kebiasaanya adalah dorongan daripada perasaan hilang kepercayaan rakyat kepada wakil-wakil mereka yang duduk di kerusi empuk and hawa dingin di Parlimen ataupun DUN. Kalau wakil mereka tidak berani bercakap bagi pihak mereka, biar rakyat bagitau sendiri dengan cara mereka sendiri, lainlah kalau rakyat dibenarkan masuk ke dewan persidangan di Parlimen ataupun DUN untuk meluahkan perasaan mereka. Namanya pun "Tunjuk Perasaan", maka perasaan rakyat perlu ditunjukkan. Kepada siapa harus ditunjukkan kan? Kepada rakyat kebanyakan. Dimana? Dijalanraya, depan bangunan dan sebagainya yang difikirkan sesuai.

Seperkara lagi, kenyataan beliau yang mengatakan "buatlah 100 demonstrasi pun, Kerajaan tetap tidak akan menurunkan harga minyak" ini menunjukkan bahawa betapa BONGKAKNYA seorang "wakil rakyat" ini yang juga berpeluang mewakili kerajaan dalam masa yang sama, terhadap bantahan yang dibuat oleh rakyat.

Saya beberapa rakyat Malaysia yang lain berasa terkedu, 'lost of words', sedih, kecewa dan hampa dengan apa yang kami baca di akhbar utama pagi ini. Apa lagi yang rakyat Malaysia ada sekarang jika kerajaan dan wakil mereka sudah tidak mengendahkan rakyat lagi? Apa lagi rakyat Malaysia mengharapkan jika suara mereka sudah tidak ingin didengari oleh para
'pemimpin' kita?

Seperkara yang saya dan seluruh Rakyat Malaysia pelajari dari insiden ini ialah:

Malaysia bukan lagi untuk rakyat Malaysia, tetapi adalah sebuah negara untuk sebilangan pemimpinnya dan keluarga pemimpinnya.

Sedih...sedih...sedih sungguh saya untuk mengaku bahawa saya adalah rakyat Malaysia!!!

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762