|
Subject: ISU METRAMAC SALAH SIAPA?
zaibo bozai <tumalamku@yahoo.com>
Jumlah wang sebanyak RM 32.5 juta merupakan jumlah yang cukup besar jika
jumlah ini berjaya dilesapkan atau dengan bahasa yang sewajarnya
dirompak oleh penjahanam negara. Masalah ini tidaklah sebesar perkara
yang tersirat iaitu penyelewengan / rompakan yang dibuat oleh
manusia-manusia yang dianggap penting dan berpangkat dalam kerajaan bagi
kesenangan diri sendiri.
Jika perkara ini benar-benar berlaku, individu-individu yang berjaya
merancang komplot secara senyap tetapi akhirnya terbongkar juga perlu
diheret ke mahkamah walaupun individu yang bertanggung jawab itu
merupakan seorang mantan Menteri Kewangan (Tun Daim) pada masa itu. Jika
benar mantan Menteri Kewangan (Tun Daim) mendalangi penyelewengan
tersebut maka tidak perlu memberi muka kepadanya hanya disebabkan Tun
Daim bekas menteri yang kononnya banyak berjasa kepada negara.
Walaupun Tan Sri Halim Saad dan Datuk Anuar Othman telah megeluarkan
kenyataan dengan menafikan penglibatan mantan Menteri Kewangan (Tun Daim)
tetapi itu hanyalah sandiwara dan jawapan direka-reka yang biasa kita
dengar apabila seseorang membuat kesilapan. Ini mungkin juga arahan dari
mantan Menteri Kewangan (Tun Daim) kerana Tan Sri Halim Saad merupakan
anak emas merangkap orang suruhannya dalam merencana segala strategi
untuk mengaut hasil negara secara haram.
Dengan cara memfailkan semula permohonan untuk menangguh bayaran
gantirugi juga merupakan satu kaedah yang biasa digunakan bukan sahaja
oleh tokoh-tokoh keparat seperti mereka bertiga malah oleh seorang
pembunuh sekalipun. ini adalah cara dan jalan yang paling mudah untuk
melengah-lengahkan masa bagi menyusun helah menutup segala bukti dan
saksi.
Mungkin ketiga-tiga petualang tersebut sedang menggelabah menyelongkar
segala laci dan stor buruk untuk mencari apa yang perlu untuk dijadikan
bahan bukti bagi menepis segala tuduhan yang diterima. Fail dan dokumen
yang hampir koyak diada-adakan semula untuk menutup segala kesalahan.
Ketiga-tiga petualang ini mungkin terkejut kerana Datuk Gopal Sri Ram
(Hakim Mahkamah Rayuan) memerintahkan Metramac supaya membayar RM 65
juta kepada Fawziah Holdings Sdn. Bhd. Mungkin ketiga-tiga petualang ini
telah silap dalam mencatur strategi dan menyembunyikan segala bukti yang
akhirnya menonjolkan kebodohan akibat kerakusan dan tamak dalam diri
sendiri.
Rasanya, jika dibongkar satu-persatu banyak lagi rompakan yang telah
berjaya dilakukan oleh tiga orang petualang ini. Tidak hairanlah jika
pembangkang menuduh kerajaan dan pemimpin yang ditunjangi UMNO sebagai
pengamal dan penyumbang kepada korupsi.
Orang ramai masih menunggu jawapan dan kenyataan dari mantan Menteri
Kewangan (Tun Daim) yang merupakan dalang kepada rompakan ini. Mungkin
masih terkejut kerana jerat memakan diri dan takut mengemukakan segala
bukti kerana bukti yang ada semuanya menunjukkan kesalahan sendiri.
Inilah juga masanya untuk melihat seorang menteri yang dulunya dikatakan
mempunyai akal yang panjang dan licik untuk membela diri sebelum turut
sama diheret ke muka pengadilan.
tumalamku
14 Februari 2006
12.35 malam
|