|
Shahidan akan di "checkmate" tidak lama
lagi!
Pemuda Perlis
Minggu lepas, Shahidan Kassim, khalifah bagi penduduk Perlis
telah memecat Timbalannya Zahidi Zainol Abidin (Timbalan
Pengerusi Perhubungan Umno Perlis) dari jawatan Exco Kerajaan
negeri. Shahidan juga dengan bangganya mengatakan bahawa Zahidi
yang meminta digugurkan kerana mahu menumpukan kepada perniagaan.
Sesungguhnya ini adalah pembohongan besar yang dilakukan oleh
Shahidan Kassim. Shahidan ingat dia sudah selamat apabila
memecat Zahidi. Ketahuilah Shahidan, kami Pemuda Umno seluruh
Perlis berada di belakang Zahidi yang bakal dinobatkan sebagai
Ketua Pemuda Umno Malaysia pada pemilihan Umno tahun hadapan.
Riwayat politik Shahidan Kassim akan di checkmate tidak lama
lagi! Inilah janji kami semua. Sabarlah...
|