|
Konvensyen Pengampunan Anwar - apa kata Zaharin Mohd Yassin - Setiausaha
UMNO Bahagian Bandar Tun Abdul Razak.
Konvensyen tersebut dikatakan tidak mendapat restu Parti Keadilan Rakyat. Malah Anwar Ibrahim sendiri di katakan tidak terbabit. Kehadiran nama - nama besar dalam pembangkang turut tidak menggalakkan. Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin tidak hadir - begitu juga kehadiran sepi kepimpinan lain khususnya PAS.
Namun di celah - celah kehadiran mereka pada program yang di katakan bukan di laksanakan oleh pejuang reformasi Anwar Ibrahim hadir Zaharin Mohd Yassin - Setiausaha Bahagian Bandar Tun Abdul Razak yang turut serta mendengar apa kah dia Konvensyen Pengampunan Anwar Ibrahim.
www.umno-reform.com kemudiannya berusaha untuk mendapatkan eksklusif dengan beliau bagi membicarakan kehadiran beliau selaku ahli UMNO pada konvensyen tersebut. Dalam keadaan ahli - ahli lain UMNO yang takut untuk bukan saya hadir malah ada yang takut menyebut isu - isu mengenai Anwar Ibrahim, Zaharin dengan berani turut terlibat dalam sesi soal jawab bersama panel yang hadir untuk program tersebut.
Berikut adalah temu bual kami bersama Zaharin Mohd Yassin mengenai isu pengampunan Anwar
Ibrahim.
Apakah pendapat saudara mengenai Konvensyen Menuntut Pengampunan Anwar Ibrahim - sokong atau tidak sokong.
Soal sokong atau tidak sokong bukan soal utama dalam isu ini. Kehadiran saya adalah untuk melihat dan mendengar dengan lebih jelas program tuntutan pengampunan Anwar Ibrahim. Sejarah juga telah membuktikan bahawa banyak kepimpinan di beri pengampunan agar mereka boleh kembali aktif dalam politik dan seterusnya memberi kontribusi kepada rakyat negara ini. . Dato Harun contohnya, pengampunan Di Raja di benarkan memandangkan jasa dan bakti yang pernah di taburkan untuk UMNO dan beliau mahu terus berbakti kepada rakyat melalui UMNO. Maka dalam persoalan Anwar Ibrahim, sekiranya beliau ingin berbakti semula kepada rakyat dan memandangkan beliau turut pernah menabur jasa maka sewajarnya dia di beri pengampunan.
Apakah pengampunan ini terhad kepada beliau melalui platform UMNO sahaja ( mengambil contoh Dato Harun Idris)
Tidak, sebenarnya saya pernah menawarkan beliau tempat dalam Bahagian saya, namun setelah ketetapan Majlis Tertinggi UMNO untuk tidak menerima Anwar lagi saya akur. Namun bagi saya pengampunan wajar di beri biarpun beliau menyertai
pembangkang.
Apakah ini tidak menyulitkan UMNO dalam melihat kehadiran semula Anwar Ibrahim berpolitik.
Ini bukan sahaja menceriakan demokrasi negara ini malah menceriakan keadaan politik negara kita. Ini tidak menyulitkan UMNO. Kita akan terus berkhidmat kepada rakyat dan selagi kita terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada mereka khususnya di peringkat menengah ke bawah maka saya yakin UMNO akan berjaya. Anwar Ibrahim bukan ancaman kepada UMNO selagi UMNO berbudaya sihat, mengamalkan politik bersih tanpa rasuah, kronisma dan nepotisme.
Bagi saya negara ini mempunyai sedikit komplikasi dalam perundangan khususnya mengenai perkara yang saya namakan hukuman selepas hukuman. Anwar Ibrahim telah menjalani hukuman beliau tetapi kenapa beliau masih terhukum dengan tidak membenarkan beliau menyertai kembali politik negara ini? Isu ini perlu kita dalami. Hukuman telah selesai tetapi masih di kenakan hukuman selepas
hukuman.
Dalam masa ramai kepimpinan UMNO menjauhkan diri dari program yang melibatkan Anwar Ibrahim apakah saudara tidak takut di ambil tindakan kerana menghadirkan diri pada program pengampunan Anwar.
Ini adalah antara penekanan Islam Hadhari - jiwa merdeka. Saya hadir atas kemerdekaan jiwa saya. Bagi saya ini tidak salah. Saya tidak melanggar sebarang etika parti dan tidak langsung meletakkan UMNO dalam keadaan yang tidak selesa. Bagi saya isu menghadiri program sebegini tidak menyulitkan UMNO.
UMNO ada perlembagaan parti, ada perundangan dan ada kebebasan, selagi saya tidak melanggar dasar - dasar dan keputusan parti saya yakin saya tidak akan di kenakan sebarang tindakan. Saya juga secara peribadi merasakan tidak ada salahnya saya menghadirkan diri pada konvensyen tersebut walau saya menyokong atau tidak pengampunan Anwar. Bagi saya kalau Anwar berada di arena pembangkang setelah di ampunkan maka saya akan terus melawan beliau dari sudut politik. Saya tidak pernah menyokong politik Anwar Ibrahim tetapi saya percaya atas hak - hak yang saya sebutkan tadi maka pengampunan Anwar perlu di
pertimbangkan.
Isu yang di bawa Anwar Ibrahim agar keras dan hebat. Sewaktu pemecatan beliau ribuan penyokong hadir di belakang beliau. Apakah ini akan mengugat pilihan raya akan datang?
Perjuangan pembangkang adalah perjuangan kosmetik. Hakikat mengkritik itu mudah dari berusaha melaksanakan cita - cita dan aspirasi rakyat. UMNO selagi mereka memihak kepada kepentingan rakyat selagi itu akan terus di sokong. Andai UMNO tersasar dari cita - cita memakmurkan rakyat maka UMNO pasti akan di tinggalkan oleh rakyat. Setakat ini UMNO sentiasa berusaha untuk memperbaiki kedudukan rakyat khususnya Melayu. Atas itulah saya yakin pada
UMNO.
Apa pandangan saudara mengenai pilihan raya akan datang?
Tahun 2004 UMNO mencapai kejayaan yang amat baik dalam pilihan raya. Jangkaan saya pada pilihan raya akan datang , UMNO mampu mengekalkan pencapaian sekiranya kepimpinan UMNO adalah kepimpinan yang di terima oleh rakyat. Kita harus prihatin kepada isu - isu rakyat. Mereka membincangkan persoalan dapur mereka - berasap atau tidak dan kita harus mempermudahkan urusan tersebut. Bagi saya ekonomi rakyat adalah "front line " penentu kejayaan
kita.
Akhir sekali, apakah pada pandangan saudara Pak Lah setakat ini berjaya sedangkan kritikan terhadap beliau sudah mula wujud khususnya mengenai cara beliau menangani isu
ekonomi?
Ukuran kejayaan Pak Lah tidak seharusnya di buat secara individu. Pak Lah berseorangan tidak akan mampu menggerak kejayaan buat negara kita ini. Bagi saya keseluruhan kabinet beliau harus sama - sama mengambil tanggungjawab baik kejayaan mahupun kegagalan polisi kerajaan. Meletakan tuduhan ke atas Pak Lah seorang adalah tidak
adil. Walau apa pun bagi saya setakat ini Pak Lah dan kabinet beliau sedang berusaha untuk memartabatkan Malaysia sebagai negara maju, aman dan makmur.
Sekian
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|