BALIK KE MUKA UTAMA

Zaharin Mohd Yassin - bukan soal pemilihan, perbuatan beliau menghina keputusan Lembaga Disiplin. 

Menjawab SMS yang kami kirim kepada Bekas Setiausaha Bahagian UMNO Bandar Tun Razak mengenai pembelaan Datuk Amil Salleh ( Utusan Malaysia 23hb Ogos 2005), Zaharin Mohd Yassin mengulas, persoalan mengenai saya kalah dalam pemilihan G7 itu tidak timbul. Saya akui saya wajar kalah kerana saya tidak melakukan sebarang kempen selain dari menghantar pesanan ringkas. Atas kekurangan berkempen saya akur dan saya terima kekalahan tersebut sebagai ada dalam pertandingan. Ini juga tidak menghalang saya untuk terus memberi khidmat kepada UMNO Bandar Tun Razak.

Ditanya mengenai kenyataan Datuk Amil Salleh dalam artikel yang sama di Utusan Malaysia yang mengatakan bahawa "ketika pemilihan perwakilan itu, saya masih lagi digantung, jadi bagaimana saya boleh menjadi ejen pelobi sedangkan hendak bertemu dengan orang ramai pun saya malu, Zaharin berkata, Datuk Amil Salleh boleh memberi apa sahaja kenyataan secara lisan kepada Lembaga Disiplin. Bagi saya dokumen perasmian 2 cawangan dan majlis Hari Jadi beliau yang di pakej bersama dengan Majlis Meraikan Ulang Tahun UMNO Cawangan serta dan gambar - gambar yang di kemukakan kepada Lembaga Disiplin ada adalah bukti kukuh penglibatan beliau dalam waktu beliau di gantung. Kalau alasan beliau hanya mengatakan beliau malu berjumpa ahli maka itu adalah satu pembelaan yang rapuh dan dapat disangkal oleh ahli -ahli cawangan. Kehadiran beliau menggunakan Pejabat Bahagian dalam masa beliau di gantung tidak langsung melambangkan bahawa beliau malu malah tidak keterlaluan kalau saya diklasifikasikan sebagai perbuatan tidak tahu malu. 

Malah kehadiran beliau semasa Mesyuarat Perwakilan Tahunan juga adalah insiden yang bagi saya menunjukkan bahawa malu bukan penghalang untuk beliau bertindak sebagai ajen pelobi.

www.umnoreform.com  turut menerima sebelum ini satu surat jawapan dari Brig Jen (B) Dato Haji Husainay Hashim kepada YbBhg Datuk Syed Abdul Rahman AlHabshi , Ketua UMNO Cawangan Pangsapuri 4E pada 12 Mei 2005 Bil UMNO/BHG/W 09/124/13 yang antara lain menerangkan status ahli yang di gantung dan menerima maklum mengenai penggunaan Pejabat Bahagian BTR.

Zaharin Mohd Yassin turut menyatakan bahawa beliau menaruh kepercayaan kepada Lembaga Disiplin dalam membuat keputusan mengenai laporan pelanggaran tataetika ahli UMNO keatas Dato Amil Salleh. 

Bagi www.umno-reform.com  , satu perkara penting yang dapat di lihat setelah meneliti beberapa kiriman email dan dokumen mengenai Dato Amil Salleh adalah keperluan keputusan Lembaga disiplin di hormati oleh beliau. Tindakan melanggar pra syarat penggantungan satu tindakan menghina Lembaga Disiplin. 

Bagaimana pun keputusan Lembaga Disiplin akan menentukan arah politik Dato Amil Salleh di Bandar Tun Razak. Lembaga Disiplin perlu meneliti semua bukti yang telah diserahkan kepada mereka oleh Bekas Setiausaha Bahagian tersebut. www.umno-reform.com  secara literal mendapati bahawa terdapat dakwaan serius berserta bukti kukuh dalam tuduhan yang di buat. Malah tindakan berani beberapa Ketua Cawangan menandatangani Laporan Pelanggaran Tataetika Dato Amil Salleh menunjukkan bahawa mereka turut mahu UMNO di bersihkan dari bukan sahaja politik atau rasuah politik tetapi dari juga dari terus di pimpin oleh mereka yang tidak berwibawa sekiranya Dato Amil Salleh sekali lagi didapati bersalah. 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762