BALIK KE MUKA UTAMA


Wajah siapa yang bersalah!
Anuar Mohd Nor - www.arahkita.com 

Mungkin kita terlepas pandang atau kita bukan terlupa cuma tidak ingat. UMNO - begitu bangga mencadangkan pembuangan tongkat Melayu - menyokong meritokrasi - menarik subsidi pesawah dan peladang - Melayu manja - Melayu haprak dan pada waktu itu kita bersorak - menyokong. Bukan kerana perkara itu benar dan tepat - kerana ini adalah sokongan politik - kerana menentang arus kita akan menjadi kurus.

Alasan biasa adalah alasan politik - mengikut dan menyokong - angguk sahaja kerana menolak mungkin akan membawa musibah pada jawatan yang ada - mungkin hilang tempat sebagai menteri dan mungkin terpadam cita - cita politik. Mengikut dan menurut akan membantu - untuk mengadakan jalan yang lebih panjang dan ketinggian yang lebih tinggi dalam langkah politik.

Maka pada saat itu Dr Mahathir bangga dengan ahli - ahli UMNO yang menunjukkan kematangan mereka dalam menerima pembaharuan - menerima cadangan dan bersetuju untuk menuruti apa yang dikatakan baik dan apa yang dikatakan perlu.

Tidak ada bantahan kerana menongkah arus seperti yang dikatakan tadi - kurus. Bila mana Dr Mahathir mengatakan bahawa pelajaran Matematik dan Sains harus dibuat dalam bahasa Inggeris - Menteri Pendidikan terus bersetuju - a brilliant idea - inilah kepimpinan yang mahu membawa perubahan. 

Kita perlu tubuhkan Institut Pemikiran Dr Mahathir - idea dan perencanaan yang tepat untuk membantu Melayu menaikkan taraf mereka.

Hari ini berbeza pula senario mereka. Ini perjuangan Melayu, ini kebangkitan Melayu, kita perlu kembalikan DEB kerana pegangan ekuiti Melayu masih di tahap lama - merosot. Maka riuh kita menjunjung keris untuk membuktikan bahawa kita tidak ada kompromi kepada mereka yang mahu menghilangkan hak - hak keistimewaan orang -orang Melayu. 

Kita bangkit pula - menuduh - ketirisan punca kegagalan - ini penderhakaan - ini khianat pada Melayu. Banyak kontrak tiris dan di jual dan ini memundurkan orang -orang Melayu. Rentetan itu Melayu harus menebus maruah dan semua usaha harus di berikan bagi membantu Melayu. Kontrak dari Syarikat Milik Kerajaan atau mempunyai pertalian dengan kerajaan harus membantu memberi kontrak pada Melayu dan Melayu perlu GLOKAL.

Sekali lagi kita bangkit memperjuangkan hak orang - orang Melayu. Kita sudah kenal pasti siapa yang khianat - siapa yang menjual kontrak - siapa yang menderhaka kepada Melayu. Semuanya jelas - mereka berada di depan mata kita dan untuk lebih mengenali mereka - kita ambil cermin - kita cermin diri - dan kita sedar - siapa yang menderhaka - siapa yang pengkhianat dan siapa yang membenarkan ketirisan menjual hak orang - orang Melayu. Dari cermin itu kita akan lihat - salah siapa - dosa siapa dan puncanya siapa.


Pernah dalam satu satu kertas kerja yang pernah di tulis oleh Datuk Najib Tun Abdul Razak pada tahun 1993 - Wawasan 2020 dan masa depan orang -orang Melayu, Datuk Najib di petik berkata ;

- menyarankan bahawa kita harus melupakan sebenar hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu - kerana selama ini kita harus mengakui dengan jujur - masalah yang sering membawa kegagalan kepada peniaga - peniaga Melayu - pengusaha - pengusaha Melayu : di sebab kan khayalan mereka sendiri.


Maka hari ini mungkin Datuk Najib boleh kembali memberi ulasan sama ada perlu atau tidak lagi tongkat Melayu, sewaktu kini beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. 

Mungkin Datuk Najib boleh memberi komen serupa mengenai Melayu yang berkhayal dan Melayu yang terus di tindas kerana wajah - wajah di cermin tadi adalah wajah mereka yang menggubal dasar, mereka yang memimpin dan mereka yang menentukan corak arah tuju negara ini.

Saya pernah menulis dalam artikel Melayu dalam Bahaya 1 klik sini mengenai apa yang saya kata serangan yang paling bahaya kepada orang - orang Melayu. Dalam artikel tersebut saya katakan bahawa - serangan dan musuh utama orang - orang Melayu adalah mereka yang mengamalkan tabiat rasuah dan mengkhianat Melayu melalui kronis, nepotisme dan korupsi tetapi membicarakan mengenai isu ini dan menyusulkan agar budaya ini di buang di hapus dan di perangai. 

Akhirnya musuh Melayu itu adalah orang yang berada dalam cermin itu 


  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762