|
formmail.to: umnoreform
From_Email: jebat_petala@yahoo.com
From_Name: Wan Indra Putra bin Ahmad
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Editor,
Sdr Tok Serban,
Tentang parti pembangkang sekiranya memerintah akan buat perkara
yang sama ( kroni, nepotisma, rasuah ) jika mentadbir
negara Malaysia ini seperti kenyataan saya adalah perkara
biasa dan hal kecil yang tidak perlu di perbesarkan.
Beginilah Tok Serban, sdr tanya dengan diri sdr
sendiri dulu lah k, tengok cermin muka di rumah dan cuba
bertanya dengan diri sdr sendiri jika sdr di IZIN kan
Allah sdr menjadi seorang pemimpin bertaraf Menteri, sdr
tak tolong adik-beradik ke, ipar duai tak di senangkan ke,
para penyokong atau pengundi tak di bantu ke ?
RASUAH -
Subjektif ( tepuk dada tanya selera )
KRONI - Subjektif ( tepuk dada tanya selera )
NEPOTISMA - Sunjektif ( tepuk dada tanya selera )
So, jika sdr nak melakukan kemungkaran terpulanglah keadaan dan
situasi sdr ketika itu, masaalahnya sekarang sdr bukan
Menteri, Pemimpin Besar atau pun parti yang sdr dokong itu
TIDAK MEMERINTAH Malaysia secara total. Buat masa ini sdr
hanya boleh mengecam parti pemerintah.
1) Sdr sebut JGN PAKAI LETRIK, TETAPI PAKAI LILIN ( Pen JKKK
membisu ), dah di sebut jangan pakai letrik, di suruh pula
pakai lilin, bagi saya ok sahaja sebab asal usul saya
orang susah.
2) Sdr kata ada wanita UMNO sebut jgn beli barang banyak2, beli
sikit cukup la, barang seperti beras naik harga, bagi saya
ok sahaja sebab, saya pernah tidak menjamah nasi selama 2
hari dan saya tahu bertapa susahnya arwah abah saya
mencari duit untuk membeli beras buat kami sekelurga.
3) Sdr kata pemimpin UMNO ( Ketua Cawangan ) pakai MERZ, Pen
JKKK/Ketua Caw UMNO buat harta sepenuh hati, bagi saya ok
sahaja sebab ada juga bangsa melayu yang pakai kereta
mewah, kenapa sdr tak ungkit Cina jual betina, Cina jual
VCD lucah, Cina yang pakai kereta mewah datang dari hasil
yg salah di sisi undang2. Sdr tuduh pemimpin UMNO jual projek,
rasuah, kroni, salah guna kuasa, saya dah sebut tadi itu
semuanya Subjektif, baik UMNO/PAS/KEADILAN/Org Melayu
berjawatan yg melakukan kesalahan harus di heret ke muka
pengadilan. Sdr pun harus sedar ada juga pemimpin UMNO/ahli
UMNO yang benar-benar berniaga/berusaha.
4) Sdr kata org kampung tak dapat tanah UMNO tak buat sesuatu,
org melayu Kelantan pun sama juga tidak dapat tanah (
sedangkan PAS perintah ), sama sahaja UMNO dan PAS, bagi
saya dalam hal ini, kebencian berasas PARTI lebih di
utamakan oleh individu tertentu, baik dalam UMNO atau pun
PAS, benar bukan ? Jadi, sekiranya sdr di angkat menjadi Menteri
Besar Kelantan atas tiket PAS sekali pun sdr harus
memecahkan tradisi ini, skrg sdr lihat bila org UMNO minta
tanah PAS tak bagi, esok bila pula UMNO perintah PAS minta
tanah UMNO tak bagi, bila kesudahannya ?. Sb itu saya
pernah jelaskan kpd sdr, selain dari membeli akhbar arus perdana,
saya juga membeli akhbar Harakah, Suara Keadilan, Siasah dan
buku-buku yang di tulis oleh pemimpin pembangkang. Seperti
Harakah, 99.9% pembacanya orang Melayu, sebagai pendokong
dan ahli UMNO saya membelinya dengan NIAT untuk membantu
sesama Melayu, kerana saya sedar itu sahaja kemampuan saya
untuk menolong bangsa saya walaupun berlainan kiblat
politik.
SOALAN TAMBAHAN
1) Sdr bertanya kenapa UMNO tahan royalti minyak semasa PAS
perintah Terengganu ? bagi saya bukan UMNO yang menahannya,
tetapi kerajaan pemerintah, dah kerajaan yang memerintah
pada ketika itu di bawah BN, apa nak buat, cuba PAS
perintah Malaysia betul tak, ini PAS perintah Terengganu
sahaja ( alasan tersirat saya tak tahu ).
2) Sdr bertanya kenapa UMNO sibuk nak rampas negeri org Melayu
perintah ( maksudnya Kelantan la tu ) dalam masa yang sama
bagi negeri Melayu pada Cina ? bagi saya sudah menjadi
tradisinya dalam parti berpolitik, mana kerusi yang UMNO
bertanding kita nak menang dan pertahankan, begitu juga
dengan PAS, mana UMNO bertanding PAS pun tetap nak bertanding
walaupun akan tumbang juga. Seperkara yang lebih penting, jika
UMNO perintah Kelantan maka pembelaan dan kemajuan
setanding negeri pantai barat akan di laksana, contonya
jiran sdr Terengganu. Tentang negeri Melayu beri pada Cina
maksud sdr Pulau Pinang ke, ini adalah permuafakatan di
dalam komponen BN, cuba sdr tanya pada Presiden PAS atau
pun pemimpin karismatik ( kononnyalah ) DSAI, jika BA mentadbir
Malaysia ini, adakah Pulau Pinang akan di serahkan kepada DAP,
walaupun
PAS menang majoriti di sana, tanya jangan tak tanya k.
3) Sdr bertanya bilakah Pemuda Tahan Lasak nak ambil Singapura
dari tangan Cina, nyatakan tarikh, masa dan hari sebab sdr
nak membantu, bagi saya jika sdr Tok Serban nak bantu kena
menjadi ahli UMNO dan di latih apa itu Pemuda Tahan Lasak
( TALASCO ) terlebih dahulu. Berkaitan Singapura ia dah
terlepas, bahkan ia sudah menjadi sebuah negara asing yang
telah berdaulat serta menjadi tali barut Amerika di Asia
Tenggara. Cuma jangan sampai Pulau Pinang terjual atau di
jual pula cukup lah, keris saya dah lama berasap.
4) Sdr bertanya atas hujah apa saya katakan bila PAS/KEADILAN
perintah negara ini akan buat perkara yang sama seperti
UMNO yakni rasuah, kroni, salah guna kuasa dan sebagainya,
bagi saya, saya dah jawab, cuma saya tambah sedikit lagi,
UMNO TIDAK MENGAMAL RASUAH, UMNO TIDAK MENGAMAL KRONI,
UMNO TIDAK MENGAMAL NEPOTISMA dan UMNO TIDAK MENGAMAL SALAH GUNA
KUASA, jangan salahkan UMNO. UMNO tidak BERDOSA atau ada cacat
celanya.
Jika sdr ada BUKTI, babitkanlah individu berkenaan, heretlah
individu berkenaan ke muka pengadilan, jika benar individu
berkenaan bersalah mungkin dia terlepas hukuman dunia
tetapi tidak di mahkamah Allah.
5) Sdr bertanya tentang DSAI jika beliau di katakan korup dah
lama di kenakan oleh UMNO, tetapi di sebabkan UMNO tiada
bukti yang DSAI korup maka UMNO fitnah dan reka cerita ttg
DSAI, bagi saya bukan UMNO yg kata DSAI korup, bukan UMNO
yang reka cerita ttg DSAI, tetapi individu tertentu yang
tidak senang dengan DSAI, siapakah individu berkenaan,
WALLAH HUALLAM saya tak tahu, macam-macam cerita yang di jaja
oleh politikus Melayu, baik dalam Parti UMNO bahkan
pembangkang. Ada juga yang saya tahu seorang ayam sabung
PAS, tak tahu lah sabung macam mana, dia pernah panggil
DSAI ni, Ustadz Al-Juburi, tetapi sekarang Cium Mulut (
istilah ayat ), sdr pun tahu kan ?.
Saya dah jawab semua soalan sdr ( apa yang saya tahu ), dengan
ini saya ingin berterus terang dengan sdr bahkan kepada
mereka yang membaca penulisan saya ini, bagi saya baik
UMNO /PAS/ORG MELAYU KEADILAN atau tidak berparti, kita
ini sesama bangsa, sedarah dan seagama, bumi tanah Melayu
yang sekangkang kera inilah harta pusaka nenek moyang kita yang
hendak di pertahankan oleh bangsa Melayu. Kalau sdr dan PAS
mahupun KEADILAN merasakan yang kalian adalah yang lebih
baik dari kerajaan sekarang, sila keluarkan MANIFESTO
sementara kepada rakyat Malaysia untuk di bawa ke pilihan
raya umum atau pun pilihan raya Sarawak akan datang.
Nyatakan kelebihan mengundi parti kalian, adakah parti
pembangkang boleh keluarkan satu WATIKAH BERSUMPAH kepada rakyat
Malaysia bahawa kamu semua tidak akan melakukan apa sahaja
amalan buruk Parti Pemerintah seperti yang kamu dakwa. Tak
perlu maki, hina, caci, keji, hasut sesama bangsa yang
akhirnya tamadun Melayu akan lenyap di telan zaman. Saya
yakin penulisan saya ini ibarat MENCURAH AIR DI DAUN
KELADI kepada insan yang terlalu jumud dan fanatik.
So, selamat berjuang, teruskan agenda, cita-cita, impian, mimpi
atau angan-angan sdr untuk menakluk Malaysia. Pilihan Raya
umum lama lagi.
Kepada RAKYAT MALAYSIA, JANGAN SALAHKAN PAK LAH SECARA TOTAL
TENTANG ISU NEGARA, BIARLAH KABINET YANG ADA BUKAN KABINET
RAKYAT, NAMUN KITA SEBAGAI RAKYAT YANG SETIA KEPADA
NEGARA, MARI KITA PERTAHANKAN PAK LAH DI DALAM MEMBUAT
KEPUTUSAN RAKYAT, SUPAYA PAK LAH MEMPUNYAI KEKUATAN
DALAMAN YANG KENTAL SERTA PADU DALAM MEMBINA NEGARA YANG
TERCINTA INI.
Kepada AHLI UMNO PULA, JIKA TAK SENANG DENGAN APA SAHAJA
TINDAKAN PRESIDEN UMNO INI, BERTERUS TERANGLAH SECARA
JUJUR DENGAN LUAHAN HATI KEPADA PAK LAH, PERCAYALAH BELIAU
SEDANG MENANTI DENGAN HARAPAN TINGGI DARI AHLI-AHLI UMNO YANG
SETIA, INGAT !!! INGAT ITU REMEMBER, JANGAN LUPA DONT
FORGET, KEPADA MEREKA YANG MENJADI SI KITUL, MUSUH DALAM
SELIMUT GUNTING DALAM LIPATAN, PERJALANAN HIDUP ANDA TIDAK AKAN
DI BERKATI.
Salam P
|