|
From: ahmad wan indra putra <jebat_petala@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: Kesetiaan & Ketaatan Bukan Pengampuan.
Date: Thu 03/09/06 09:00 AM
Editor,
Memang sudah di perkatakan dahulu lagi, Lain Padang Lain
Belalang, Lain Lubuk Lain Ikan, Rambut Sama Hitam, Namun
Hati Tetap Berlainan.
Mungkin juga faktor usia saya yg muda, "tidak berapa" mengerti
akan sejarah atau tidak mahu menafikan mereka yang lebih berusia
dari saya, maka saya tidak mahu mengaitkan penulisan saya dengan
mana pihak atau individu.
Hingga waktu saya menulis artikel ini kepada Editor, saya BELUM
pernah di anugerah mana-mana PROJEK, imbuhan kesenangan mahupun
wang ringgit sebagai ganti.
Cukup sekadar anak mata ini menyaksikan bertapa dasyatnya
segelintir manusia yang bercakap depan dan di belakang tentang
Ayahanda Pak Lah. Bukan saya mengampu atau mahu menjilat beliau,
tapi ini sahaja pemimpin tertinggi bangsa Melayu yang ada bagi
mencorak hala tuju anak bangsa.
Saya bukan orang Pak Lah, saya mengenali dan
masuk UMNO tahun 1993, ketika itu barisan Team Wawasan menang
dalam pemilihan UMNO 1992, di mana Timbalan Presidennya
ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim. Saya menjadi ahli UMNO di
cawangan Gombak Jaya dan di groom dalam kepimpinan Pemuda ketika
itu dan mentor saya di bahagian Gombak adalah Dato Fuad Hassan (
TKB dan EXCO Neg Sel ). Di peringkat nasional saya DI TUNJUK
kehebatan DSAI.
Di ringkaskan cerita, sekembali semula dari Parti KeADILan pada
tahun 2000, Pak Lah di angkat menjadi TPM, arwah emak saya ada
menunjukkan gambar-gambar lama pembabitan arwah abah saya dalam
perguruan Ilmu Jurus ( Nasrol Haq ) di mana ianya ada hubung
kait dengan Pak Lah dan Tan Sri Samad Idris.
Gambar-gambar mereka bersama Prof Mokhtar Lintang,
Gutu Tuan Haji Joehanis Choldri, Bapak Akhbar serta para sahabat
yang lain ada arwah emak saya tunjukkan, walhal selama ini saya
tidak pernah tahu pun.
Bila Pak Lah menjadi TPM dan kini PM, adakah salah atau berdosa
saya ingin menuruti segala arahan yang saya nilai BAIK dan tidak
mencetus sebarang penindasan BANGSA.
Kepada sdr Editor, sila hubungi saya untuk bercerita panjang,
moga kita boleh mengenali hati budi serta mengerat Silatur
Rahhim.
Salam Perjuangan dari saya.
Jika Gentar Dengan Risiko Usah Bicara Tentang Perjuangan.
Wan Indra Putra bin Ahmad.
TALASCO BOY.
|