|
formmail.to: umnoreform
From_Email: jebat_petala@yahoo.com
From_Name: Wan Indra Putra bin Ahmad
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Pesanan: Editor,
Sdr Zukriaksah (MBA)
Exco Pemuda KeADILan
Terima kasih dan tahniah buat sdr Zukri kerana memanggil ' Bodoh
' kepada saya. Sememangnya pun bukan senang manusia lain
nak panggil kita bodoh, sedangkan kita pun pernah melalui
dunia kebodohan kita sendiri. Cuma dah sikap manusia yang
sering menarafkan manusia lain dengan kata-kata kejian,
terutamanya menjadi ahli parti pembangkang, ya tak ?.
Saya akui mungkin sdr mempunyai sijil MBA yang boleh di
banggakan, sebagai orang melayu sijil MBA itu melambangkan
kebijaksanaan kita daripada orang lain yang tidak memiliki
sijil berkenaan. Yang itu saya akuilah kelebihan sdr.
Berkaitan perkataan bahasa Inggeris yang tidak betul saya
gunakan dalam ulasan saya kepada Syamsul Iskandar tempohari
menjadi perhatian dan minat sdr Zukri nampaknya. Ye la, mana
mungkin lulusan SPM (Sek Keb) nak bergasak dengan graduan
MBA ya tak (ttg bahasa Ing) ? Itu baru duduk dengan
jawatan Exco Pemuda KeADILan, belum lagi sdr sebagai Ketua
Pemuda KeADILan ataupun BA memerintah tanah Melayu ni ya
tak, mgkn keangkuhan sdr melebihi DSAI tu sendiri. Tak apalah
sdr Zukri, yang penting sdr masih sedar yang sdr ini
bangsa Melayu yang makan petai dan jering cukup lah.
Oh ya sdr Zukri, fail-fail enam tujuh kotak tu dah jadi sekotak
sahaja ke ? Yang lima atau enam kotak tu siapa yang punya
? DSAI and the gang kot, maaf ya campur-campur bahasa
sedikit, harap-harap ejaan kali ni betul hendaknya. Habis
macam mana ni, dulu Ezam juga yang cakap enam tujuh kotak
tu di simpan di luar negara la, student ( hrp betul ejaannya
) luar negara simpan la, macam-macam la ya sdr Zukri. Jadi
kesimpulannya sdr mengaku yang ini cuma DAKYAH dan
TEMBERANG sahaja kan ? Biasa la tu sdr Zukri, politik
orang Melatu, betul tak ?
Sdr sebut saya menabur FITNAH TERBESAR jika BA mengambil alih
pemerintahan kerajaan dari BN, yang mana pemimpin BA juga akan
buat perkara yang sama seperti pemimpin BN, betul kan ?
Beginilah sdr Zukri, mungkin sdr Shamsul Iskandar berasa
egonya tinggi dengan meminta sdr yang menjawab, betul kan
? biasa la tu politik Melayu, sekarang dengan lafaz
Bismillah saya CABAR dan TUNTUT sdr Zukri secara terbuka
mewakili pemimpin Parti KeADILan ataupun PEMUDA KeADILan
MALAYSIA, dengan melafaz WATIKAH BERSUMPAH beserta
menjunjung Al-Quran, secara jujur dan ikhlas di hadapan
rakyat, tidak kiralah dimana sekalipun, paling bererti di
dalam rumah Allah (MASJID - JIKA BOLEH), minta media elektonik,
cetak, media luar negara buat liputan. Sebutkan dalam WATIKAH
BERSUMPAH berkenaan, JIKA RAKYAT MALAYSIA MEMBERI MANDAT
KEPADA PARTI KEADILAN MEMIMPIN NEGARA MALAYSIA INI DALAM
PILIHAN RAYA AKAN DATANG, BAHAWA KAMI TIDAK AKAN MENAIKKAN
MINYAK BAHKAN MENURUNKANNYA KE PARAS MINIMA, TOL DI
HAPUSKAN, WANG PETRONAS AKAN DI KEMBALIKAN KEPADA RAKYAT,
HUTANG-HUTANG GLC TIDAK AKAN DI BIAYAI OLEH WANG RAKYAT,
MEMBAWA PEMIMPIN-PEMIMPIN BN TIDAK KIRA SIAPA SAHAJA YANG
DI DAPATI MENGAMALKAN SALAH GUNA KUASA ATAU RASUAH KE MUKA
PENGADILAN atau apa sahaja lafaz yang memihak kepada
rakyat di dalam WATIKAH BERSUMPAH berkenaan, maka dengan ini
saya Wan Indra Putra bin Ahmad mencabar dan menuntut agar
PEMUDA KEADILAN melaksanakannya. Jangan sdr beri alasan
lain pula lagi. Saya akan hormati dan sanjung kehebatan
PEMUDA KEADILAN yang gagah berani.
Sekiranya PEMUDA KEADILAN MALAYSIA tidak sanggup melaksanakannya,
secara jujur sdr Zukri saya berkeyakinan yang DSAI tidak
akan mampu membawa Tun M ke mahkamah seperti yang di war-warkan
untuk MENDAKWA serta MENDEDAHKAN salah laku Tun M.
Sampaikan salam saya kepada para sahabat lama saya yang masih
bergelumang dalam Parti Keadilan. Walaupun ideolagi kita berbeza
namun darah Melayu tetap abadi. Air di cincang tidak akan
putus. Untuk sdr Zukri secara peribadi, jangan terlalu
mendongak ke langit, rumput di bumi pusaka abadi, gunakan
kelebihan yang di berikan oleh Allah untuk membantu anak
bangsa.
Salam Perjuangan
Wan Indra Putra bin Ahmad
TALASCO BOY
|