BALIK KE MUKA UTAMA

Kiriman Pelayar


"Azril Mohd Amin" <azrilmohdamin@gmail.com>
Subject: Fwd: Wacara Undang-undang Keluarga Islam

Assalamu 'alaikum wm wb. Dijemput ke program berikut, dan harap dapat sebarkan pengumuman ini.


Dalam pergolakan dunia terkini jelas kedudukan Islam dan ummatnya amat tercabar. Kami merasa terpanggil untuk tampil memberi sumbangan yang terdaya kepada agama dan ummat Islam. Justeru itu telah diusahakan penubuhan IMAN sebagai wadah tempat wanita Islam membicarakan hal-hal yang bersangkutan dengan Islam dan ummat Islam serta yang bersangkutan dengan kemanusiaan sejagat di dalam dan luar negeri.

Sebagai permulaan, IMAN dengan usaha sama Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mengusahakan Wacara Undang-undang Keluarga Islam bagi membicarakan undang-undang keluarga Islam dan isu-isu yang berkaitan.

Kami mengalu-alukan penglibatan puan-puan dalam Wacara tersebut. Tiada bayaran dikenakan. Maklumat selanjutnya adalah seperti berikut.

WACARA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Tarikh: 18 Mac 2006 (Sabtu)

Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat: Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak

Dewan Syarahan ADM LT 3
(atas Pejabat Masjid - tunjuk arah akan di sediakan)

Pembukaan/Kata-kata Aluan: PROF. MADYA DR. KAMAR ONIAH KAMARUZAMAN (Presiden Jawatankuasa Penaja IMAN)

Ahli-ahli Panel : Pakar akademik dan peguam terkemuka tanah air

(1) PROF. MADYA DR. RAIHANA ABDULLAH
(meneliti undang-undang keluarga Islam secara umum dan khusus)

(2) PROF. MADYA DR. ZALEHA KAMARUDIN
(menganalisa sejarah perkembangan undang-undang keluarga Islam dan perbandingan dengan undang-undang keluaga Islam di negara lain)

(3) PUAN HAJJAH KAMAR AINIAH KAMARUZAMAN
(membicara undang-undang keluarga Islam dari sudut praktikal dan kes-kes tertentu)

Moderator: PROF. DR. AMRIAH BUANG

Penutup: DR. AMNAH BAHARI
(Ketua, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIA)

JADUAL:


9.30 - 10.00 pagi: Ketibaan

10.00 - 10.20 pagi: Pembukaan dan Kata-Kata Aluan oleh Presiden Jawatankuasa Penaja IMAN - Prof. Madya Dr. Kamar Oniah Kamaruzaman

10.20 - 10.50 pagi: Ahli Panel 1 - Prof. Madya Dr. Raihana Abdullah


10.50 - 11.20 pagi: Ahli Panel 2 - Prof. Madya Dr. Zaleha Kamaruddin


11.20 - 11.50 pagi: Ahli Panel 3 - Puan Hajjah Kamar Ainiah Kamaruzaman


11.50 - 12.30 ptg: Sessi Soal-jawab

Untuk maklmat lanjut, sila hubungi:

Sdri Ju 0192037197 atau  Pn Ida 03-61965565/5551



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762