|
Wajah siapa yang bersalah!
Anuar Mohd Nor
012-6544762 emel
anuarmohdnor@yahoo.com &
editor1@umno-reform.com
Mungkin kita terlepas pandang atau kita bukan terlupa cuma tidak
ingat. UMNO - begitu bangga mencadangkan pembuangan tongkat
Melayu - menyokong meritokrasi - menarik subsidi pesawah dan
peladang - Melayu manja - Melayu haprak dan pada waktu itu kita
bersorak - menyokong. Bukan kerana perkara itu benar dan tepat -
kerana ini adalah sokongan politik - kerana menentang arus kita
akan menjadi kurus.
Alasan biasa adalah alasan politik - mengikut dan menyokong -
angguk sahaja kerana menolak mungkin akan membawa musibah pada
jawatan yang ada - mungkin hilang tempat sebagai menteri dan
mungkin terpadam cita - cita politik. Mengikut dan menurut akan
membantu - untuk mengadakan jalan yang lebih panjang dan
ketinggian yang lebih tinggi dalam langkah politik.
Maka pada saat itu Dr Mahathir bangga dengan ahli - ahli UMNO
yang menunjukkan kematangan mereka dalam menerima pembaharuan -
menerima cadangan dan bersetuju untuk menuruti apa yang
dikatakan baik dan apa yang dikatakan perlu.
Tidak ada bantahan kerana menongkah arus seperti yang dikatakan
tadi - kurus. Bila mana Dr Mahathir mengatakan bahawa pelajaran
Matematik dan Sains harus dibuat dalam bahasa Inggeris - Menteri
Pendidikan terus bersetuju - a brilliant idea - inilah
kepimpinan yang mahu membawa perubahan.
Kita perlu tubuhkan Institut Pemikiran Dr Mahathir - idea dan
perencanaan yang tepat untuk membantu Melayu menaikkan taraf
mereka.
Hari ini berbeza pula senario mereka. Ini perjuangan Melayu, ini
kebangkitan Melayu, kita perlu kembalikan DEB kerana pegangan
ekuiti Melayu masih di tahap lama - merosot. Maka riuh kita
menjunjung keris untuk membuktikan bahawa kita tidak ada
kompromi kepada mereka yang mahu menghilangkan hak - hak
keistimewaan orang -orang Melayu.
Kita bangkit pula - menuduh - ketirisan punca kegagalan - ini
penderhakaan - ini khianat pada Melayu. Banyak kontrak tiris dan
di jual dan ini memundurkan orang -orang Melayu. Rentetan itu
Melayu harus menebus maruah dan semua usaha harus di berikan
bagi membantu Melayu. Kontrak dari Syarikat Milik Kerajaan atau
mempunyai pertalian dengan kerajaan harus membantu memberi
kontrak pada Melayu dan Melayu perlu GLOKAL.
Sekali lagi kita bangkit memperjuangkan hak orang - orang Melayu.
Kita sudah kenal pasti siapa yang khianat - siapa yang menjual
kontrak - siapa yang menderhaka kepada Melayu. Semuanya jelas -
mereka berada di depan mata kita dan untuk lebih mengenali
mereka - kita ambil cermin - kita cermin diri - dan kita sedar -
siapa yang menderhaka - siapa yang pengkhianat dan siapa yang
membenarkan ketirisan menjual hak orang - orang Melayu. Dari
cermin itu kita akan lihat - salah siapa - dosa siapa dan
puncanya siapa.
Pernah dalam satu satu kertas kerja yang pernah di tulis oleh
Datuk Najib Tun Abdul Razak pada tahun 1993 - Wawasan 2020
dan masa depan orang -orang Melayu, Datuk Najib di petik berkata
;
- menyarankan bahawa kita harus melupakan sebenar hak - hak
keistimewaan orang - orang Melayu - kerana selama ini kita harus
mengakui dengan jujur - masalah yang sering membawa kegagalan
kepada peniaga - peniaga Melayu - pengusaha - pengusaha Melayu :
di sebab kan khayalan mereka sendiri.
Maka hari ini mungkin Datuk Najib boleh kembali memberi ulasan
sama ada perlu atau tidak lagi tongkat Melayu, sewaktu kini
beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Mungkin Datuk Najib boleh memberi komen serupa mengenai Melayu
yang berkhayal dan Melayu yang terus di tindas kerana wajah -
wajah di cermin tadi adalah wajah mereka yang menggubal dasar,
mereka yang memimpin dan mereka yang menentukan corak arah tuju
negara ini.
Saya pernah menulis dalam artikel Melayu dalam Bahaya 1 klik
sini mengenai apa yang saya kata serangan yang paling bahaya
kepada orang - orang Melayu. Dalam artikel tersebut saya katakan
bahawa - serangan dan musuh utama orang - orang Melayu adalah
mereka yang mengamalkan tabiat rasuah dan mengkhianat Melayu
melalui kronis, nepotisme dan korupsi tetapi membicarakan
mengenai isu ini dan menyusulkan agar budaya ini di buang di
hapus dan di perangai.
Akhirnya musuh Melayu itu adalah orang yang berada dalam cermin
itu
|