BALIK KE MUKA UTAMA

Email dari pelayar ( bukan pedapat www.umno-reform.com )


Pesta kemiskinan tegar Kuala Muda  Kedah

formmail.to: umnoreform
From_Email: fjoyah@aol.com
From_Name: Wahab Din
Subjek: Comment

Pesanan: Assalamualaikum Tuan Editor,

Saya amat tertarik dengan pandangan yang diberikan oleh saudara Saya  Zukri Valentino berkaitan dengan kemiskinan tegar yang dilaporkan di  Hulu Tembeling Pahang.

Sebagai bekas Setiausaha Akhbar Tun Mohd Khalil Yakob, saya rasa Saudara Zukri sendiri amat memahami masalah yang dihadapi oleh setiap pemimpin  dalam usaha untuk mengetahui segala hal berkaitan dengan anak buah  masing-masing. Dalam hal inilah sikap perlu ambil tahu dan menjaga tepi  kain orang amat penting kerana mustahil pemimpin yang berada dikota  dapat mengetahui masalah dikampung tanpa mendapat maklumat daripada  pelbagai sumber,

Benar, pemimpin memang ada melawat tetapi lawatannya agak terhad dan  kadangkala ianya diatur dan terlalu protokol.Jadi pemimpin atasan kurang mengetahui hal sebenarnya lalu dicananglah bahawa kemiskinan berjaya  diatasai.

Mungkin Pahang itu terlalu luas maka MBnya tak sempat nak melawat atau  mungkin MBnya atau wakilnya tidak mempunyai kepentingan di Hulu  Tembeling maka terpaksalah TV3 membongkar kisah sedih tersebut.

Harapan saya juga moga-moga TV3 boleh datang ke Kawasan Kuala Kedah  untuk sama -sama kita melihat pesta kemiskinan tegar disini. Nampaknya  pemimpin di Kuala Kedah pun sama naik dengan di Pahang.Masing2 tak buat  kerja dan tak mau jaga tepi kain orang.
 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762